Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks jenayah di ibu negeri berkuranga­n: M Chandra

-

KOTA KINABALU: Indeks jenayah bagi kawasan Kota Kinabalu mencatatka­n penurunan sejak sembilan bulan kebelakang­an hasil daripada transforma­si yang ditunjukka­n anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, setakat kelmarin indeks jenayah yang direkodkan mengalami penurunan sebanyak 8.68 peratus bersamaan penurunan 94 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kita melihat penurunan ketara pada kes curi kenderaan iaitu sebanyak 47.3 peratus, di mana kita berjaya mengurangk­an sebanyak 224 kes kecurian motosikal.

“Bagi kes curi kereta pula merekodkan sebanyak 45.8 peratus penurunan menunjukka­n sebanyak 54 kes berjaya dikurangka­n sementara kes curi van, lori dan jentera berat merekodkan penurunan sebanyak 67 kes bersamaan 65.7 peratus,” katanya sewaktu berucap pada Perhimpuna­n Bulanan IPD Kota Kinabalu di sini kelmarin.

Chandra berkata, kesemua elemen di IPD Kota Kinabalu juga berjaya membantera­s be- berapa kegiatan jenayah yang kerap dilakukan di sekitar ibu negeri.

“Kita berjaya melakukan pembantera­san jenayah judi siber sejak Ogos tahun lalu manakala jenayah lain termasukla­h penggantun­gan poster ceti haram atau ahlong berjaya diturunkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinbalu (DBKK) begitu juga dengan penjualan rokok seludup berjaya dikurangka­n di sekitar ibu negeri,” katanya.

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Chandra menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada anggota yang layak semasa Perhimpuna­n Bulanan IPD Kota Kinabalu kelmarin.
JASAMU DIKENANG: Chandra menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada anggota yang layak semasa Perhimpuna­n Bulanan IPD Kota Kinabalu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia