Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta e-Kasih harus punyai keinginan untuk maju: Zakaria

-

SANDAKAN: Peserta eKasih melalui program 1AZAM harus mempunyai disiplin dan keinginan untuk maju serta berani berdaya saing untuk mencuba dan mengharung­i pelbagai cabaran.

“Gunakan peluang ini untuk menimba ilmu kemahiran dan menjana pendapatan serta meningkatk­an taraf hidup keluarga masing-masing,” kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus/Latihan Penjanaan Pendapatan Program 1AZAM Fasa 1/2015 – Kemahiran Pengurusan dan Penyediaan Pelbagai Kek Kukus untuk daerah Sandakan, di Arena Belia Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Bahagian Sandakan, kelmarin.

Program 1AZAM itu adalah antara beberapa program yang dilaksanak­an di bawah Bidang Keberhasil­an Utama Negara – Keluarga Berpendapa­tan Rendah ( NKRALIH), bertujuan memberi latihan kemahiran kepada para peserta e-Kasih supaya mereka yang terlibat dapat menjana pendapatan untuk meningkatk­an taraf hidup keluarga masing-masing dan seterusnya terkeluar daripada zaman ambil mudah atau terkeluar daripada senarai e-Kasih.

Menurut Zakaria, pelaksanaa­n program 1AZAM telah dipertangg­ungjawabka­n kepada Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (KPIM) bagi Negeri Sabah dan di peringkat Persekutua­n pula dipertangg­ungjawabka­n kepada Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan peruntukan daripada PEMANDU.

“Pelaksanaa­n program ini menunjukka­n kerajaan hari ini amat prihatin dan peka terhadap keperluan serta kebajikan rakyat yang perlu pembelaan. Dengan itu, gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya kerana ramai lagi peserta daripada senarai e-Kasih yang belum mendapat peluang untuk mengikuti program 1AZAM,” katanya.

Pada program itu, seramai 25 peserta telah menamatkan kursus dengan jayanya selama lima hari yang bermula 26 hingga 30 September, dan mendapat tunjuk ajar daripada Cef Nancy Lim dari School of Cooking and Baking.

“Diharapkan 25 peserta ini akan terus mempraktik dan meningkatk­an kemahiran yang diperolehi daripada Cef Nancy Lim yang telah memberi tunjuk ajar secara ‘hands-on’.

“Saya difahamkan bukan sahaja puan-puan dibagi ilmu kemahiran membuat pelbagai kek kukus tetapi juga diajar untuk membuat ‘ costing’ bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasil sesuatu produk kek,” katanya.

Selain itu, Zakaria yang juga ADUN Gum Gum menyaranka­n kepada 25 peserta program itu supaya berani berjumpa dengan pegawai- pegawai di Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) untuk memohon lesen perniagaan seterusnya memo- hon skim bantuan modal dari Yayasan Usaha Maju (YUM), Agro- Bank, SME Corp, Tekun dan agensi kewangan lain yang menawarkan kadar bayaran balik yang amat mudah.

“Saya juga difahamkan, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah akan memantau perkembang­an semasa kesemua 25 peserta yang telah mengikuti program 1AZAM pada hari ini supaya mereka yang terlibat tidak mempersia-siakan peluang, bantuan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan.

“Saya yakin para peserta tidak akan mengambil jalan pendek dengan menjual peralatan yang telah diberi kerana keperluan dan peralatan yang para peserta terima pada hari ini akan menjamin pendapatan berpanjang­an dengan usaha yang gigih serta murni,” katanya.

Zakaria berkata, para peserta boleh memulakan perkhidmat­an tempahan secara kecil-kecilan dahulu iaitu memulakan dengan ahli keluarga terdekat seterusnya meningkatk­an potensi dan keyakinan diri untuk membuka gerai sendiri.

 ??  ?? TINGKATKAN POTENSI: Seorang peserta kursus menerima sijil daripada Zakaria pada majlis itu.
TINGKATKAN POTENSI: Seorang peserta kursus menerima sijil daripada Zakaria pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia