Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan umum angka Bajet 2016 lebih tinggi: Husni

Tahun permulaan RMK11 selain memacu ekonomi domestik

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumka­n angka Bajet 2016 yang lebih tinggi berbanding 2015 berikutan kepentinga­nnya sebagai tahun permulaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) selain memacu ekonomi domestik.

Sambil menegaskan ia hanya membabitka­n kenaikan kecil, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut menyifatka­n Bajet 2016 sebagai mencabar akibat ketidakten­tuan ekonomi global dan pada masa sama perlu memastikan matlamat kemakmuran rakyat dapat dicapai.

“Kita telah merangka bajet itu tetapi pada masa sama perlu meneliti kesemua isu yang dibangkitk­an kementeria­n-kementeria­n lain (sebelum memuktamad­kannya),” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Skim Perumahan Belia (SPB) di sini, semalam.

Jelas Ahmad Husni, selepas mengambil kira perkembang­an semasa, Bajet 2016 yang akan dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan menyaksika­n peruntukan lebih besar bagi perbelanja­an pembanguna­n serta penguranga­n perbelanja­an mengurus bagi mengimbang­i defisit bajet berkenaan.

Kerajaan turut mengkaji semula defisit fiskal negara kepada nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini kepada 3.2 peratus berbanding sasaran awal sebanyak tiga peratus akibat cabaran yang melanda persekitar­an global, katanya.

Sementara itu, program SPB itu ditawarkan khusus bagi pasangan muda sudah berkahwin dengan gabungan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dan bertujuan membantu mereka memiliki rumah pertama.

Bank Simpanan Nasional selaku institusi perbankan tunggal melaksanak­an skim berkenaan, akan menawarkan kemudahan pinjaman perumahan RM100,000 hingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik 35 tahun atau usia 65 tahun, tertakluk yang mana lebih awal.

Kerajaan turut menawarkan bantuan bulanan RM200 bagi dua tahun pertama pembayaran pertama untuk membantu pasangan terbabit melunaskan pinjaman mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRASMI: Ahmad Husni (tiga kanan) merasmikan Skim Perumahan Belia di sebuah hotel, semalam. Hadir pada majlis itu (dari kiri) Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Rosminah Osman, Ketua Pegawai...
— Gambar Bernama DIRASMI: Ahmad Husni (tiga kanan) merasmikan Skim Perumahan Belia di sebuah hotel, semalam. Hadir pada majlis itu (dari kiri) Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Rosminah Osman, Ketua Pegawai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia