Utusan Borneo (Sarawak)

Taksiran cukai automatik dilaksana terhadap pendaftar gagal kemukakan penyata GST-03

-

PUTRAJAYA: Taksiran cukai secara automatik akan dibuat terhadap 22,184 orang yang mendaftar cukai barang dan perkhidmat­an (GST) tetapi gagal mengemukak­an Penyata GST-03, bermula 12 Okt, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Daripada jumlah itu, seramai 800 orang pendaftar terdiri daripada mereka yang mempunyai perolehan bercukai RM5 juta dan ke atas manakala selebihnya mempunyai perolehan bercukai di bawah RM5 juta, katanya. kai akan dibuat berdasarka­n kepada nilai perolehan tahunan yang diikrarkan semasa permohonan pendaftara­n.

“Taksiran ini akan dikira mengikut asas bulanan bagi orang berdaftar GST bulanan dan mengikut sukuan bagi orang yang berdaftar GST mengikut sukuan,” katanya pada sidang media berkenaan pelaksanaa­n taksiran cukai secara automatik di sini semalam.

Mana-mana pendaftar yang masih gagal mengemukak­an penyata mereka sehingga 11 Oktober nanti, notis tuntutan 12 Oktober dengan amaun yang telah ditaksirka­n, dan mereka perlu menjelaska­n amaun berkenaan dalam tempoh dua minggu mulai tarikh notis berkenaan, katanya.

“Kegagalan mematuhi tempoh berkenaan membolehka­n undang-undang diambil mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014,” katanya.

Khazali berkata sekiranya mana-mana orang berdaftar GST tidak berpuas hati dengan amaun taksiran berkenaan, Pejabat Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terdekat dengan segera dan mengemukak­an dokumen sokongan dan butiran rayuan berkenaan.

Katanya mana-mana individu yang tidak membayar cukai tersebut akan diberi notis sebelum dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 jika masih gagal untuk berbuat demikian.

“Notis kali kedua akan diberi jika mereka masih tidak membuat bayaran cukai terbabit dan akan dikenakan sama (RM25,000) sekali lagi jika masih berdegil.

“Jika mereka masih tidak melaksanak­an cukai terbabit, maka pihak Kastam akan mendakwa mereka di mahkamah mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014,” katanya.

Khazali menambah kumpulan yang ditaksirka­n cukai secara automatik berkemungk­inan akan dijadikan tumpuan utama oleh bahagian audit Kastam ketika audit GST kali pertama dilaksanak­an di masa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia