Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspatriat pilih Malaysia antara destinasi terbaik bagi kepuasan kerjaya

-

KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik dalam kalangan ekspatriat oleh Expat Explorer, HSBC, menyenarai­kan Malaysia antara lima destinasi utama bagi kepuasan kerja dengan 55 peratus daripada mereka menyatakan kerja mereka lebih memuaskan sejak berpindah ke sini.

Ketua Negara Perbankan Runcit dan Pengurusan Harta HSBC Malaysia, Lim Eng Seong berkata satu alasan bagi kepuasan ini ialah mereka mendapati mudah untuk menyesuaik­an diri dengan rakan sekerja tempatan mereka.

Beliau berkata 41 peratus daripada responden di Malaysia berkata peluang untuk memperoleh kemahiran baharu di negara ini adalah tinggi.

Lim berkata ASEAN merupakan rantau yang mempunyai peluang pelaburan menarik bagi kebanyakan syarikat multinasio­nal.

“Dapatan daripada kaji selidik Expat Explorer kami menegaskan lagi potensi amat besar di ASEAN. Komuniti Ekonomi ASEAN, yang akan dibentuk akhir tahun ini mencadangk­an pengenalan aliran bebas buruh mahir ke rantau ini dan menerima maklum balas positif dari negara-negara ahli,” katanya.

Beliau berkata bagi eks- patriat dari negara di luar ASEAN, standard kehidupan kondusif di rantau ini merupakan faktor penarik.

“Kebanyakan responden menyatakan faktor mudah untuk bergaul dengan masyarakat tempatan di Malaysia telah meningkatk­an kepuasan kerja mereka di sini,” katanya.

Lim berkata 63 peratus daripada ekspatriat di Malaysia menyatakan mereka menikmati pendapatan boleh guna lebih besar berbanding di negara mereka dan ini menyediaka­n masa dan wang kepada mereka untuk menjalani kehidupan sosial yang lebih aktif. “Gaji bagi ekspatriat melebihi purata global lebih AS$109,000 setahun (AS$1 = RM4.38) dan beberapa manfaat kontrak biasanya lebih banyak ditawarkan berbanding negaranega­ra lain,” katanya.

Menurutnya, cabaran biasa yang dihadapi ekspatriat termasukla­h berurusan dengan kewangan dalam pelbagai mata wang, situasi cukai yang lebih rumit dan menggerakk­an wang antara negara.

Lim berkata ekspatriat dengan pendapatan tinggi berdepan lebih banyak cabaran dalam menangani wang rentas sempadan mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia