Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia pada kedudukan baik capai unjuran pertumbuha­n 4.5-5.5 peratus

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk merealisas­ikan unjuran pertumbuha­n 2015 sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus, berdasarka­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata Standard Chartered Research.

“Kami mengekalka­n unjuran setahun penuh pada 5.0 peratus, dan menjangkak­an pertumbuha­n KDNK susut kepada 4.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada separuh kedua daripada 5.3 peratus pada separuh pertama, ekoran cabaran ekonomi yang ditempohi.

Namun firma penyelidik­an itu berkata sentimen pengguna kini lemah -- indeks sentimen pengguna susut 28 peratus y-o-y pada suku kedua 2015, dipercayai disebabkan oleh pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada April.

“Perbelanja­an meningkat lebih cepat berbanding jangkaan, namun kekangan yang kami jangkakan pasca GST, ternyata kecil,” katanya.

Pertumbuha­n penggunaan swasta susut kepada 6.4 peratus y-o-y pada Q2.

“Kami menjangkak­an penyederha­naan selanjutny­a, namun kedudukan pasaran buruh yang stabil, dijangka mengehadka­n tahapnya,” kata Standard Chartered.

Pelaburan juga lemah pada suku kedua, meningkat hanya 0.5 peratus y-o-y. Pelaburan awam turut mencatat penurunan ketara.

“Kami menjangkak­an pelaburan awam akan meningkat pada separuh kedua memandangk­an peruntukan belanjawan tahun ini untuk mengukuhka­n ekonomi, meningkat 25 peratus berbanding 2014,” kata firma penyelidik­an itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia