Utusan Borneo (Sarawak)

KH Enterprise anjur promosi ulang tahun selama empat hari

-

MIRI: Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-22, KH Enterprise (Miri) Sdn Bhd kini melancarka­n promosi selama empat hari bermula 1 hingga 4 Oktober 2015.

Sepanjang tempoh ini, para pelanggan boleh mendapatka­n pelbagai produk perkakasan elektrik rumah terkini dengan diskaun yang ditawarkan.

Selain itu, para pelanggan boleh mendapatka­n baucar tunai RM100 bagi setiap pembelian produk berjumlah RM5000.

Sebagai wakil sah Samsung, KH Enterprise menawarkan televisyen LED terbaharu, telefon bimbit, kamera digital, peti sejuk, mesin basuh dan pelbagai produk jenama Samsung yang lain yang dijual pada harga berpatutan sepanjang tempoh promosi tersebut.

Sebagai contoh, sebuah televisyen LED Samsung berukuran 48 inci dijual pada hanya RM1799 dan televisyen 40 inci pada harga RM1099.

Mesin basuh dijual pada harga RM699 hingga RM999 dan system tearter rumah pada harga serendah RM399.

Terletak di Pusat Komersial Pelita di Miri, KH Enterprise mengkhusus dalam pelbagai peralatan elektrik rumah seperti pembersih vakum, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi dan alat-alat memasak, pemanas air bilik mandi, dapur memasak dan pelbagai lagi daripada jenama seperti Elba, Panasonic, Cornell, Alpha dan Samsung. Ia juga menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an ke rumah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 085-416690.

 ??  ?? PROMOSI ULANG TAHUN: KH Enterprise yang terletak terletak di Pusat Komersial Pelita di Miri.
PROMOSI ULANG TAHUN: KH Enterprise yang terletak terletak di Pusat Komersial Pelita di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia