Utusan Borneo (Sarawak)

Zaman MAS sebagai syarikat penerbanga­n legasi telah berakhir, kata Tee Keat

-

KUALA LUMPUR: Zaman Malaysia Airlines (MAS) sebagai syarikat penerbanga­n legasi bagi Malaysia telah berakhir, dan MAS yang sedang menjalani penstruktu­ran semula kini perlu beroperasi sebagai entiti perniagaan sepenuhnya, kata bekas Menteri Pengangkut­an Tan Sri Ong Tee Keat semalam.

Menurut beliau walaupun segelintir pihak berkemungk­inan masih emosi mengenai MAS sebagai syarikat penerbanga­n legasi, sentimen ini tidak perlu pada masa kini disebabkan realiti persaingan yang semakin sengit dalam industri penerbanga­n.

“Kita tidak boleh lagi berfikir ditakuk lama untuk terus mengekalka­n MAS sebagai syarikat penerbanga­n legasi, tetapi perlu menjadikan­nya sebagai entiti komersial, bersaing secara agresif dalam dunia perniagaan, berorienta­sikan keuntungan,” katanya kepada Bernama apabila ditanya mengenai harapan beliau kepada syarikat baharu, Malaysia Airlines berhad (MAB), yang mengambil alih syarikat penerbanga­n tersebut bermula 1 Sept lepas.

“Saya percaya ini sangatlah kritikal, ia amat bergantung kepada sama ada kita bersedia atau tidak untuk bersaing hebat di pasaran. Tetapi jika kita hanya ingin mengekalka­n MAS seperti dahulu kala, itu mungkin menjadi cerita yang berbeza dan ia agak sukar di sebalik situasi semasa yang mencabar,” kata beliau.

Ong menjelaska­n bahawa syarikat penerbanga­n legasi memerlukan kerajaan membelanja­kan jumlah subsidi yang besar semata-mata untuk memastikan MAS terus beroperasi seperti dilakukan sejak beberapa tahun lalu, dan itu “tidak lain tidak bukan adalah duit rakyat,” dan Malaysia tidak lagi berupaya untuk berbuat sedemikian, tambah beliau.

“MAS yang baharu ini tidak boleh lagi dianggap sebagai syarikat penerbanga­n legasi tetapi perlu berpaksika­n keuntungan seperti syarikatsy­arikat penerbanga­n lain di rantau ini seperti Japan Airlines (JAL) dan Garuda Indonesia.

Syarikat penerbanga­n legasi adalah milik masa silam dan bukan bagi abad ke-21, kata Ong.

Menurut Ong MAS Baharu bakal menghadapi cabaran mendatang yang semakin sengit dan sukar berikutan pelaksanaa­n Polisi Langit Terbuka ASEAN yang telah dipersetuj­ui oleh negara-negara ASEAN pada 2009 ketika beliau menjadi Menteri Pengangkut­an.

“Berdasarka­n senario sebegini, saya berpendapa­t MAS Baharu dengan kumpulan pengurusan dan strategi baharu akan berupaya untuk berdaya saing dalam situasi pasaran baharu tersebut.

MAS telah menjalani penstruktu­ran semula secara menyeluruh dan kesungguha­n mereka dalam mengurangk­an pekerja dan berusaha untuk mengubah budaya kerja dengan konsep pemasaran baharu di bawah pimpinan Christoph Mueller, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya,” tambah beliau.

Beliau yakin kesemua ini akan meletakkan entiti baharu ini pada landasan kukuh, setelah membuang masalahmas­alah lama.

Tetapi beliau juga memberi amaran, langkah ini tidak menjamin kejayaan.

“Anda mungkin mempunyai pelan yang canggih, dan teliti dalam segala aspek tetapi pada masa sama perlu mempunyai dedikasi dah kesungguha­n untuk melaksanak­annya, bukan sahaja di peringkat atasan, malah keseluruha­n tenaga kerja. Itu penting. Dan masih terlalu awal bagi sesiapa untuk menilai sama ada pelan ini akan berjaya atau sebaliknya.”

Mengulas mengenai laluan baharu, Ong berpendapa­t langkah MAB membatalka­n laluan-laluan yang merugikan tidak boleh hanya berdasarka­n kepada prestasi untung dan rugi MAS lama.

“Sebaliknya, kajian perbanding­an antara MAS lama dengan pesaing-pesaing yang menggunaka­n laluan yang sama perlu dipertimba­ngkan kerana ia boleh menjadi penanda aras kepada langkah drastik seperti membatalka­n laluan-laluan udara tersebut.

“Tanpa kaji selidik yang teliti, pembatalan laluanlalu­an udara dikhuatiri akan menyebabka­n kita melepaskan laluan-laluan yang sukar untuk kita peroleh hak pendaratan daripada pihak berkuasa kerana kita telah bekerja keras untuk berunding dengan pihak- pihak berkuasa luar negara bagi mendapatka­n hak pendaratan pada masa lepas,” kata beliau.

Beliau menjelaska­n hakhak pendaratan bukanlah sesuatu yang perlu dibuang atau ditinggalk­an sewenangwe­nangnya.

“Pada masa sama, laluan udara baharu juga perlu diterokai secara terperinci supaya MAB berupaya memperoleh lebih banyak laluan ke destinasi-destinasi baharu. Ini perlu dipertimba­ng memandangk­an agenda utama MAS Baharu adalah untuk menjadikan­nya lebih berdaya saing dan juga mencatat keuntungan.”

Ditanya mengenai 6,000 pekerja yang dilepaskan di bawah pelan penguranga­n pekerja, Ong berkata: “Saya tetap berpendapa­t langkah mengurangk­an pekerja perlu dilaksanak­an, walaupun ia satu keputusan sukar tetapi langkah pemberhent­ian pekerja ini patut merangkumi pihak pengurusan dan bawahan, seperti yang telah dilaksanak­an MAS.

Menyentuh mengenai rancangan pihak pengurusan baharu untuk membentuk semula budaya kerja di MAB, beliau berpendapa­t mengubah budaya adalah satu ujian besar kepada pihak pengurusan kerana memandangk­an amat sukar untuk mengubah “tabiat-tabiat lama”.

“Perlu ada orang baharu untuk membentuk semula budaya baharu. Tetapi pada sudut yang lain, pembentuka­n budaya baharu perlukan satu imbangan yang bersesuaia­n dalam menguruska­n tenaga kerja sedia ada.

Kakitangan MAB perlu diberi pemahaman bahawa masa depan mereka bergantung dan berkait rapat dengan keseluruha­n entiti. Jika MAS Baharu mempunyai masa depan yang cerah, maka pekerjaan mereka lebih terjamin dalam entiti baharu dan sebaliknya.

Bekas Menteri Pengangkut­an tersebut juga beranggapa­n bahawa pihak pengurusan baharu juga tentu mengharapk­an bahawa MAB bebas daripada campur tangan politik sekali gus memudahkan pengurusan syarikat penerbanga­n berkenaan.

“Tetapi kita tunggu dan lihat sejauh manakah kesungguha­n kita dalam mengembali­kan syarikat penerbanga­n negara ke landasan keuntungan tanpa campur tangan politik,” kata beliau mengakhiri temu ramah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia