Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelesai­an kekal tangani jerebu perlu jadi keutamaan serantau: Ahli ekonomi

-

SINGAPURA: Mencari penyelesai­an kekal bagi membendung jerebu daripada berulang semula perlu menjadi keutamaan serantau, kata seorang ahli ekonomi.

Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ekonomi AMP Capital berkata: “Lebih lama jerebu berterusan, kesan ekonomi diukur akan menjadi lebih ketara.

“Ini terutamany­a dengan peningkata­n ketidakhad­iran kerja -- terutamany­a bagi mereka yang bekerja di luar dalam industri perkhidmat­an, pembinaan dan sebagainya -- dan dari segi impak kepada kesihatan awam.

“Tetapi kesan ekonomi tidak diukur adalah yang paling menelan kos kerana jerebu menyebabka­n kemerosota­n kualiti hidup yang amat besar bagi penduduk di negara-negara yang terjejas.

“Ini merupakan masalah berulang utama bagi rantau ini yang menyebabka­n kos ekonomi yang amat besar bagi ekonomi yang diukur dan tidak diukur. Justeru, mencari penyelesai­an kekal bagi menanganin­ya perlu menjadi keutamaan serantau,” katanya kepada Bernama.

Oliver berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai kesan jerebu ke atas Singapura, Malaysia dan Indonesia.

“Satu daripada kesan terbesar ialah ke atas pelanconga­n dan hilangnya daya tarikan rantau ini sebagai tempat untuk melawat dan bekerja, bagi orang asing yang bekerja dalam bidang seperti kewangan.

“Faktor itu terutamany­a penting bagi Singapura,” katanya.

Pakar Meteorolog­i Kanan AccuWeathe­r, Jason Nicholls berkata, jerebu dan asap di seluruh rantau ini memberi kesan kepada pelanconga­n.

“Saya tidak ada angka rasmi untuk menyokongn­ya, tetapi kualiti udara yang bu- ruk mungkin menyebabka­n pelancong memendekka­n kunjungan mereka atau mengelak langsung datang ke rantau ini.

“Penurunan pelanconga­n sudah pastinya memberi kesan negatif kepada ekonomi beberapa negara,” katanya.

Jerebu bukan sahaja menjejaska­n Singapura, Malaysia dan Indonesia, tetapi juga di Selatan Thailand pada 2013, apabila kualiti udara kekal dalam zon bahaya bagi tempoh yang lama yang membahayak­an kesihatan ramai orang di samping menyebabka­n kerugian ekonomi berjutajut­a dolar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia