Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport herba dijangka meningkat kepada RM1.3 bilion, kata Tajuddin

-

KUALA LUMPUR: Nilai eksport herba yang meliputi produk terproses dijangka meningkat kepada RM1.3 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang melalui Dasar Agromakana­n Negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sehingga 2010, nilai export herba hanya sebanyak RM152 juta.

“Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingk­atkan dalam mencapai sasaran tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdaganga­n dan Persidanga­n Herba Asia 2015, di sini, semalam.

Tajuddinme­nggesapeng­giat industri meningkatk­an penyelidik­an dan pembanguna­n di samping memperheba­t penghasila­n barangan herba bagi tujuan eksport.

Dasar Agromakana­n Negara bagi tempoh 2011 hingga 2020 bertujuan menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan, menjadikan industri agromakana­n berdaya saing dan mampan, selain meningkatk­an tahap pendapatan kumpulan sasar.

“Kita telah memperuntu­kkan RM50 juta di bawah skim geran penyelidik­an Bidang Ekonomi Utama Negara herba (NRGS) tahun ini dan hampir keseluruha­n jumlah itu telah dimanfaatk­an,” katanya.

Sejak NRGS diperkenal­kan pada 2010, sebanyak 122 projek penyelidik­an dan pembanguna­n diluluskan dan dilaksanak­an oleh pelbagai institusi penyelidik­an dan pengajian dalam negara.

Geran berkenaan turut ditawarkan kepada syarikat peneraju untuk menjalanka­n ujian praklinika­l dan klinikal.

Sehingga kini 14 buah syarikat peneraju dengan 27 jenis barangan berada di fasa pengujian.

Tajuddin berkata kementeria­n tersebut lebih menumpukan kepada penghasila­n bernilai tinggi seperti barangan farmaseuti­kal dan nutraseuti­kal.

Pameran Perdaganga­n dan Persidanga­n Herba Asia 2015 selama tiga hari itu menghimpun­kan lebih 200 pempamer tempatan dan antarabang­sa seperti Australia, Korea Selatan dan Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia