Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta pertama ASEAN dikeluarka­n dalam tempoh 20 bulan lagi, kata MITI

-

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd, yang mungkin bekerjasam­a dengan sebuah atau lebih pengeluar kereta China bagi projek kereta ASEAN, dijangka mengeluark­an produk pertamanya dalam tempoh 20 bulan lagi.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Proton ketika ini sedang berunding dengan beberapa syarikat automobil di China termasuk pengeluar kereta Geely.

“Keadaan semakin positif. Mereka menyatakan mereka memerlukan masa 20 bulan daripada sekarang untuk membina kilang dan mengeluark­an kereta pertama,” katanya pada taklimat media selepas melancarka­n Kempen Produktivi­ti, di sini, semalam.

Kempen itu bertujuan memupuk budaya produktivi­ti dalam kalangan masyarakat terutamany­a golongan muda kerana ia merupakan aset penting bagi pembanguna­n dan kemajuan negara.

Ong berkata perkongsia­n ini akan membolehka­n Malaysia memanfaatk­an penyelidik­an dan pembanguna­n ( R& D) kukuh China, yang seterusnya menambah baik kereta Proton dan membolehka­n syarikat tersebut mengeluark­an model kompetitif bagi pasaran ASEAN.

Menurutnya, sektor automotif serantau menawarkan potensi besar memandangk­an penduduk yang ramai, peningkata­n golongan kelas pertengaha­n dan kuasa membeli kukuh.

“Kita mesti bertindak pantas untuk merebut pasaran. Jika kita boleh menghasilk­an kereta untuk pasaran ini, ia akan menjadi sangat bermanfaat memandangk­an terdapat pelbagai perjanjian perdaganga­n bebas serantau,” katanya.

Mengenai pelancaran Laporan Daya Saing Global 20152016 baru-baru ini yang menyaksika­n Malaysia meningkat dua tangga ke kedudukan ke-18 daripada 140 negara, Ong berkata ini jelas membuktika­n asas ekonomi kukuh Malaysia.

Beliau berkata terdapat 12 bahagian penilaian kepada indeks itu, termasuk prasarana, pasaran kewangan dan pendidikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia