Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan terbaharu gegar Liucheng

Sehari selepas 17 bom bungkusan ragut 7 nyawa, puluhan lagi cedera

-

BEIJING: Satu letupan baharu menggegark­an sebuah bandar selatan China semalam, sehari selepas 17 bom bungkusan membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederak­an puluhan lagi di daerah yang sama, media kerajaan melaporkan.

Letupan terbaharu berlaku pada awal pagi di sebuah bangunan perumahan di Liucheng, sebuah daerah luar bandar di wilayah Guangxi, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan.

Bangunan enam tingkat itu, berdekatan sebuah biro pentadbira­n lebuh raya tempatan di Liucheng, pusat kuasa daerah, menyebabka­n “beberapa kerosakan” menurut laporan media tempatan, dan Xinhua melaporkan “batubata bertaburan di sekitar” tapak letupan.

Tiada kecederaan segera dilaporkan, menurut laman blog China National Radio CRI. Stesen radio itu memetik seorang penduduk tempatan yang berkata dia dibangunka­n oleh letupan dan “menyangka gempa bumi telah berlaku”.

Pergolakan terbaharu berlaku sehari selepas 17 bom bungkusan meletup di beberapa lokasi dalam daerah Liucheng, termasuk pejabat kerajaan, kelmarin.

Polis kelmarin berkata mereka menganggap letupan itu sebagai “kes jenayah” tetapi menolak “perbuatan pengganas”.

Seorang suspek tempatan berusia 33 tahun telah ditangkap, kata pihak berkuasa, yang tidak memberikan penjelasan segera mengenai motif serangan.

Letupan itu, yang turut berlaku di sebuah penjara, sebuah stesen kereta api, sebuah hospital dan sebuah pusat beli belah, dipercayai ditempatka­n di dalam bung- kusan penghantar­an ekspres, kata Xinhua.

Gambar menunjukka­n beberapa bangunan bertingkat yang terbakar dan runtuh, dan jalan-jalan bertaburan dengan kaca, batu-bata dan serpihan lain.

Letupan kelmarin berlaku sehari sebelum hari kebangsaan China, permulaan bagi cuti selama seminggu di mana banyak pejabat kerajaan dan perniagaan ditutup.

Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa warga China yang tidak puas hati telah mengebom pejabat kerajaan tempatan dan tempat awam untuk menarik perhatian kepada rungutan mereka.

Pada 2013 seorang lelaki meletupkan siri bom buatan sendiri yang diisi dengan bebola besi di luar sebuah ibu pejabat kerajaan wilayah di utara China, membunuh sekurang-kurangnya seorang individu dan mencederak­an lapan lagi.

Xinhua berkata ketika itu dia cuba “membalas dendam ke atas masyarakat”.

Liucheng, dekat sempadan Vietnam, mempunyai kira-kira 400,000 penduduk dan merupakan salah satu wilayah paling mundur di China. — AFP

 ?? — Gambar Reuters
— Gambar AFP ?? RUNTUH: Bangunan runtuh selepas letupan terbaharu di bandar selatan China di Liucheng, semalam. CEDERA: Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di hospital selepas letupan di bandar selatan China di Liucheng, semalam.
— Gambar Reuters — Gambar AFP RUNTUH: Bangunan runtuh selepas letupan terbaharu di bandar selatan China di Liucheng, semalam. CEDERA: Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di hospital selepas letupan di bandar selatan China di Liucheng, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia