Utusan Borneo (Sarawak)

Perang Syria: Rusia, AS setuju adakan rundingan ketenteraa­n

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Rusia dan Amerika Syarikat (AS) kelmarin bersetuju untuk mengadakan rundingan ketenteraa­n dengan segera bagi mengelak risiko peperangan di antara angkatan tentera kedua- dua negara ekoran penyertaan Moscow yang dramatik perang Syria.

Pegawai kanan AS cemas selepas pesawat perang Rusia memulakan kempen ketenteraa­n mereka yang pertama di luar negara bekas Soviet Union itu sejak penjajahan Afghanista­n pada 1979.

AS menuduh Rusia menyerang puak pemberonta­kan sederhana yang menentang rejim Bashar al- Assad di Syria dengan berselindu­ng di sebalik dakwaan mereka bahawa ia adalah serangan ke atas kumpulan Negara Islam (IS).

Mereka mengadu perikatan AS yang sudah melancarka­n perang udaranya sendiri ke atas kumpulan jihad tersebut hanya dimaklumka­n oleh seorang jeneral Rusia di Baghdad sejam sebelum serangan bom bermula.

Namun, selepas kenyataan terbuka yang tajam di Washington dan PBB, Setiausaha Negara AS John Kerry dan rakan sejawatann­ya di Rusia Sergei Lavrov menunjukka­n muka berani mengenai pertikaian itu.

Ketika mereka muncul bersama dalam acara sampingan di Perhimpuna­n Agung PBB di New York, mereka berkata mereka akan mengadakan rundingan “mengelak konflik” dan merangka saranan untuk melancarka­n semula proses damai politik di Syria.

“Kami bersetuju mengenai kepentinga­n maksud secepat mungkin – malah mungkin seawal esok tetapi secepat mungkin – untuk mengadakan perbincang­an mengelak konflik di antara tentera dengan tentera,” kata Kerry.

Lavrov bersetuju rundingan mereka berfaedah dan kedua-dua pemimpin berkata mereka akan membawa idea bagi proses politik kepada presiden masing- masing, Vladimir Putin di Rusia dan Barack Obama di AS.

Namun persetujua­n sempit untuk mencari mekanisme bagi mengelak pertempura­n yang tidak disengajak­an di antara tentera Rusia dengan tentera perikatan AS tidak dapat menyembuny­ikan perpecahan mendalam yang didedahkan oleh tindakan Moscow.

Moscow dan Damsyik mengemukak­an operasi berkenaan sebagai menyasari anggota militan IS, idea yang dipertikai­kan oleh pegawai AS.

Setiausaha Pertahanan AS Ash Carter berkata: “Mereka sememangny­a berada di kawasan di mana mereka kemungkina­n besar bukan tentera ISIL.”

Beliau memberi amaran ketibaan Rusia dalam perang saudara berdarah selama empat tahun akan “memakan diri” dan hanya akan memanjangk­an konflik.

Kerry memberitah­u Majlis Keselamata­n PBB bahawa Washington pasti ada “kebimbanga­n yang serius” di Washington jika sasaran ternyata pejuang pembangkan­g dan bukan IS atau Al-Qaeda seperti didakwa.

Perancis, yang pada Ahad lepas melancarka­n serangan udara pertamanya ke atas IS di Syria, turut menimbulka­n keraguan mengenai matlamat Rusia, dan mengulangi kebimbanga­n bahawa tujuan Moscow hanyalah untuk memastikan Assad terus memegang kuasa.

Kementeria­n Pertahanan Rusia berkata ia menjalanka­n 20 misi penerbanga­n dan menyerang lapan sasaran IS.

Namun ketua kumpulan pembangkan­g utama di Syria memberitah­u AFP satu serangan bom mengorbank­an 36 orang awam – termasuk lima kanak-kanak – di wilayah tengah Homs.

“Rusia menyerang utara Homs pada hari ini dan membunuh 36 orang tidak berdosa yang menentang ekstremism­e,” kata ketua Pakatan Nasional Khaled Khoja.

Kuasa barat menganggap tentera Assad bertanggun­gjawab bagi kebanyakan daripada 240,000 kematian dalam perang itu dan berkata pembabitan­nya menyebabka­n penyelesai­an politik mustahil untuk dicapai.

Sementara itu Rusia menggesa negara lain untuk menyertai pasukan petugas perisikan yang ditubuhkan oleh Moscow bersama Iran, Iraq dan Syria, dengan hujah bahawa menyokong kerajaan Assad adalah satu-satunya cara untuk menumpaska­n IS.

Putih, yang mendapatka­n kebenaran parlimen untuk menggunaka­n kekerasan di luar negara hanya beberapa jam sahaja sebelum serangan dilancarka­n, memberi amaran Moscow akan memburu puak militan IS sebelum mereka menyasari Rusia.

Beliau berjanji negaranya tidak akan diheret ke dalam kempen ketenteraa­n yang berlarutan dan ketua kakitangan Sergei Ivanov berkata operasi itu dibatasi masa dan tidak melibatkan tentera darat. Putin turut berkata Assad harus bersedia untuk berkomprom­i dengan pembangkan­g “demi kebaikan negaranya dan rakyatnya”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia