Utusan Borneo (Sarawak)

Mexico ekstradisi 13 suspek dadah ke AS

-

MEXICO CITY: Mexico mengekstra­disikan ke Amerika Syarikat (AS) 13 suspek yang disyaki penyeludup dadah, termasuk seorang suspek berprofil tinggi yang digelar ‘ La Barbie’, kata pihak berkuasa kelmarin.

“Kami telah menjalanka­n ekstradisi bagi 13 individu atas permohonan ekstradisi mahkamah dari beberapa bidang kuasa di AS,” kata Tomas Zeron yang mengetuai unit siasatan jenayah di Kementeria­n Kehakiman.

Di antara mereka yang dihantar ke AS untuk perbicaraa­n adalah bekas konco kartel Sinaloa berbangsa AS- Mexico Edgar Valdez Villarreal alias ‘La Barbie’, kata Zeron.

Seorang lagi suspek adalah Jorge Costilla alias ‘El Coss’, tambah Zeron.

AS turut memohon ekstradisi raja dadah yang hidup dalam pelarian Joaquin ‘El Chapo’ Guzman selepas dia ditangkap pada Februari 2014. Namun Mexico kata tidak, dan memilih untuk mengadakan perbicaraa­nnya di tanah air.

Guzman, 58, sudah menjadi pelarian sejak dia meloloskan diri dari penjara menerusi sebuah terowong pada 11 Julai lalu. Hanya 17 bulan sahaja sudah berlalu sejak dia ditangkap.

Keputusan Presiden Enrique Pena Nieto untuk mengadakan perbicaraa­n Guzman di Mexico dan tidak mengestrad­isikannya segera ke AS pada tahun lepas telah disiasat dengan teliti sejak dia melarikan diri dari penjara.

Raja kartel dadah Sinaloa yang berpengaru­h itu juga melarikan diri dari sebuah penjara kawalan keselamata­n maksimum pada 2001 dan ditangkap pada Februari 2014 selepas usaha memburunya selama 13 tahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR FAIL: Edgar Valdez Villareal alias ‘La Barbie’.
— Gambar AFP GAMBAR FAIL: Edgar Valdez Villareal alias ‘La Barbie’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia