Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi, Iran sepakat hantar pulang jenazah jemaah haji

-

JEDDAH: Menteri kesihatan dari Arab Saudi dan Iran bersetuju untuk menghantar pulang anggota jemaah haji Iran yang terkorban dalam rempuhan ketika menjalanka­n ibadat haji pada minggu lepas, kata media kerajaan Arab Saudi, selepas Tehran mengugut untuk bertindak dengan “ganas” berhubung penangguha­n.

Tehran menuduh Arab Saudi menghambat usahanya untuk membawa pulang jenazah sekurang-kurangnya 239 warga Iran yang maut dalam tragedi pada minggu lepas dekat kota suci Mekah.

Seramai 241 orang lagi, termasuk diplomat kanan Iran dan beaks duta ke Lubnan, adalah antara warga Iran yang masih disenaraik­an hilang enam hari selepas rempuhan berdarah berlaku.

“Kedua-dua pihak bersetuju mengenai penghantar­an pulang jenazah warga Iran yang dikenal pasti secepat mungkin,” agensi berita negara Arab Saudi SPA melaporkan awal semalam ekoran rundingan di antara kedua- dua negara di Jeddah.

Kedua-dua pihak juga akan “terus berhubung untuk mengenal pasti anggota jemaah lain dan menjaga mereka yang cedera”, tambah SPA di bawah perjanjian yang dimeterai di antara Menteri Kesihatan Arab Saudi Khaled al-Falih dan rakan sejawatann­ya di Iran, Hassan Hashemi.

Ia menyebut menteri Arab Saudi itu “menekankan keinginan kerajaan negara untuk bekerja sama dengan Republik Islam Iran”.

Tehran mendakwa pada minggu lepas bahawa pihak berkuasa Arab Saudi gagal mengeluark­an visa kepada pegawai Iran yang mahu pergi ke negara itu bagi memudahkan penghantar­an balik jenazah dan mangsa yang cedera.

Kedua-dua negara serantau itu sudah pun berbalah mengenai sokongan Iran kepada pemberonta­k Huthi Syiah di Yaman, yang terletak di selatan Arab Saudi. Ia mendorong Riyadh untuk menubuhkan perikatan negara- negara Arab bagi memerangi puak Huthi.

“Pegawai Arab Saudi gagal melaksanak­an tugas mereka,” kata pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei dalam satu ucapan kepada pegawai tentera laut yang tamat latihan, ekoran penangguha­n untuk mengembali­kan jenazah anggota jemaah haji, dan menuduh sebahagian pegawai sebagai “licik”.

“Mereka harus tahu bahawa sekecil mana pun sikap tidak menghormat­i puluhan ribu anggota jemaah haji dari Iran di Mekah dan Medinah dan tidak menunaikan kewajipan mereka untuk memindahka­n jenazah suci akan menerima reaksi yang tegas dan ganas daripada Iran.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia