Utusan Borneo (Sarawak)

ETA ikrar kekalkan komitmen kepada keamanan

-

MADRID: Kumpulan pemisah bersenjata Basque ETA berkata ia “mengekalka­n komitmen” kepada keamanan, menurut satu kenyataan yang diterbitka­n kelmarin ekoran penangkapa­n dua ketua politiknya di Perancis pada minggu lepas.

David Pla, 40, dan Iratxe Sorzabal, seorang wanita berusia 43 tahun, dicekup di perkampung­an SaintEtien­ne- de- Baigorry di Pergununga­n Pyrenees, barat daya Perancis, salah satu kubu kuat ETA, dalam satu operasi bersama di antara polis Sepanyol dan Perancis pada 22 September.

Sumber polis Perancis berkata Sorzabal sudah dikehendak­i “sekurangku­rangnya selama 10 tahun” manakala Pla sudah hidup dalam pelarian sejak 2011.

“Operasi polis sejak beberapa bulan lalu bertujuan untuk melemahkan proses penyelesai­an” konflik, ETA menyebut dalam satu kenyataan bertarikh 27 September yang diterbitka­n oleh akhbar Basque, Naiz, wadah tradisiona­l bagi kumpulan tersebut.

“Walaupun beberapa operasi telah dijalankan, dan kerana Bumi Basque mesti meneruskan perjalanan­nya, ETA mengekalka­n komitmen untuk mewujudkan senario baharu. Kerajaan Sepanyol nampaknya, dengan bantuan kerajaan Perancis, mahu memaksa ETA ditutup.”

Menteri Dalam Negeri Sepanyol Jorge Fernandez Diaz berkata penangkapa­n dua suspek itu “melengkapk­an pemancunga­n ETA”.

Kumpulan itu, yang diklasifik­asikan sebagai se- buah pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah, dituduh menyebabka­n 829 kematian dalam kempen serangan senjata dan bom selama empat dekad bagi mewujudkan tanah air Basque yang merdeka di utara Sepanyol dan selatan Perancis.

ETA pada 2011 mengumumka­n ia sudah menamatkan aktiviti bersenjata tetapi enggan menyerahka­n senjata atau membubarka­n organisasi tersebut, seperti yang dituntut oleh Perancis dan Sepanyol.

Kumpulan itu memulakan program perlucutan senjata secara sehala pada awal 2014, dalam kerjasama dengan Suruhanjay­a Verifikasi Antarabang­sa, sebuah kumpulan pakar bebas dari pelbagai negara yang tidak diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Sepanyol. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia