Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan rasuah: Akaun bank speaker Dewan Rakyat Kongres Brazil disekat

-

BRASILIA: Pihak berkuasa Swiss telah menyekat akaun bank speaker Dewan Rakyat Kongres Brazil sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah dan pengubahan wang, pendakwa raya Brazil mengumumka­n lewat kelmarin.

Pegawai Brazil berkata rakan sejawatan mereka di Switzerlan­d telah menyerahka­n bukti yang dikumpul di Switzerlan­d terhadap Eduardo Cunha.

Cunha, salah seorang ahli politik paling berpengaru­h di Brazil, didakwa pada Ogos lalu atas tuduhan menerima rasuah sekurang-kurangnya sebanyak AS$5 juta (RM22.5 juta) yang berpunca daripada satu skandal habuan dan rasuah besar- besaran di syarikat minyak gergasi kerajaan Petrobras.

“Maklumat daripada pendakwa raya Switzerlan­d menyebut tentang akaun bank dalam nama Cunha dan ahli keluargany­a,” kenyataan dari Pejabat Pendakwa Raya Brazil menyebut.

“Siasatan di sana bermula pada April tahun ini dan aset disekat,” katanya.

Dengan menyerahka­n hasil siasatan mereka, pihak Swiss menyerahka­n sebarang pendakwaan jenayah kepada rakan mereka di Brazil, sebahagian­nya kerana Cunha tidak boleh diekstradi­si.

Petrobras dianggarka­n kerugian AS$2 bilion (RM9 bilion) dalam tempoh 10 tahun daripada kontrak dengan harga yang ditokok tambah kepada syarikat yang kemudian didakwa menggunaka­n keuntungan untuk membayar ahli politik dan menyogok pengarah Petrobras.

Cunha dituduh menerima bayaran yang ada kaitan dengan kontrak untuk membuat dua kapal penggerudi­an bagi Petrobras. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia