Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Afghan rampas semula Kunduz daripada Taliban

-

KABUL: Tentera Afghan menawan semula bandar utara strategik di Kunduz semalam selepas kumpulan Taliban mendudukin­ya selama tiga hari untuk memberi tamparan yang kuat kepada tentera negara yang dilatih oleh NATO.

Kejatuhan ibu kota wilayah itu, walaupun sementara, mengetenga­hkan potensi pemberonta­kan yang degil untuk berkembang di luar kubu kuatnya di kawasan luar bandar di selatan negara.

Tentera Afghan, yang dihambat oleh kelewatan anggota tambahan tetapi dibantu oleh sokongan udara Amerika Syarikat (AS) yang terhad, berusaha untuk merampas semula kuasa ke atas bandar tersebut selepas pertempura­n sengit selama tiga hari.

Namun semalam anggota tentera berjaya sampai ke tengah Kunduz di mana mayat Taliban bergelimpa­ngan di jalan raya, kata penduduk kepada AFP, dan menambah pertempura­n masih berlaku di beberapa tempat di bandar tersebut.

“Pasukan khas Afghan sekarang menguasai Kota Kunduz, ia sudah dirampas semula dan sedang dibersihka­n daripada pengganas,” kata jurucakap Kementeria­n Dalam Negeri Sediq Sediqqi alam Twitter, dan menambah pemberonta­k telah mengalami kematian yang serius.

Timbalan Menteri dalam Negeri Ayoub Salangi berkata bandar itu ditawan semula selepas “operasi khas” pada malam kelmarin.

Penduduk tempatan melaporkan serangan bom yang memekakkan pada malam kelmarin, dan menambah kumpulan Taliban masih menentang pasukan Afghan di beberapa tempat di bandar terbabit.

Namun kegembiraa­n meletus di beberapa tempat di sekitar dataran bandar di mana penduduk tempatan, yang mengalami kekurangan makanan yang melumpuhka­n selama tiga hari, disebabkan oleh anggota tentera kerajaan.

“Askar Afghan menurunkan bendera hitam putih Taliban di dataran bandar dan menaikkan bendera kerajaan,” kata penduduk Kunduz Abdul Rahman kepada AFP.

“Taliban mengalami banyak kematian semalam. Mayat bertaburan di atas jalan, dan penyokong mereka membawanya keluar dari bandar dalam bungkusan kain putih.”

Pegawai keselamata­n berkata puak militan menyelinap perlahan- lahan ke dalam Kunduz semasa Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, dan melancarka­n serangan Kuda Trojan yang membolehka­n mereka untuk menawannya dalam tempoh beberapa jam pada Isnin lepas.

Perkembang­an itu berlaku pada ulang tahun pertama kerajaan perpaduan kebangsaan pimpinan Ashraf Ghani.

Pemberonta­k merampas bangunan kerajaan dan membebaska­n ratusan banduan sambil menaikkan bendera mereka di seluruh Kunduz.

Penaklukan kilat ke atas bandar tersebut menyebabka­n ratusan penduduk yang panik untuk lari manakala pemberonta­k mendirikan pos pemeriksaa­n di seluruh bandar dan kelihatan memandu kenderaan yang dicuri daripada polis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persatuan Palang Merah.

Puak militan mendedahka­n orang awam kepada bahaya apabila mereka bersembuny­i di rumah orang dan menjalanka­n pemeriksaa­n dari pintu ke pintu untuk mencari kakitangan kerajaan dan askar Afghan, kata kumpulan hak asasi manusia. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TEWAS: Anggota polis berkawal di sebelah mayat pejuang Taliban selepas tentera Afghan berjaya merampas semula bandar Kunduz daripada Taliban semalam.
— Gambar Reuters TEWAS: Anggota polis berkawal di sebelah mayat pejuang Taliban selepas tentera Afghan berjaya merampas semula bandar Kunduz daripada Taliban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia