Utusan Borneo (Sarawak)

INTERNET DIPERLUAS

Kerajaan persekutua­n peruntuk RM450 juta untuk membina menara telekomuni­kasi di Sarawak: Salleh

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan persekutua­n memperuntu­k sebanyak RM450 juta untuk membina menara telekomuni­kasi di Sarawak bagi memastikan penduduk negeri ini tidak ketinggala­n dari segi perkembang­an Internet.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, peruntukan yang disalur menerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperting­katkan penembusan jalur lebar dan perkhidmat­an telekomuni­kasi lebih baik di Sarawak.

Menurutnya, sebanyak 149 menara telekomuni­kasi sedang dilaksana di Sarawak, manakala 85 menara masih di peringkat perancanga­n.

“Antara projek lain akan dilaksana di Sarawak termasuk Projek Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang melibatkan pembinaan kabel rangkaian dasar laut baharu menghubung­kan Semenanjun­g dengan Sabah dan Sarawak.

“Sebanyak empat sambungan kabel dasar laut akan dibina di Mersing, Kuching, Miri dan Bintulu bermula suku kedua tahun 2016,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai Jabatan Penerangan di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Che Azemi Haron dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Abang Sardon Abang Hashim.

Tambah Salleh, projek lain ialah Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB) Fasa Kedua bertujuan memperluas liputan jalur lebar berkelajua­n tinggi dengan kelajuan sehingga 100Mbps di kawasan bandar dengan sebanyak 34,566 port akan disedia mulai tahun ini.

Manakala, projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang bertujuan menaik taraf kelajuan capaian perkhidmat­an jalur lebar yang boleh mencapai kelajuan sehingga 20Mbps di kawasan pinggir bandar dengan sebanyak 21,664 port turut disediakan mulai tahun ini.

Beliau menambah, ‘Small Cells’ pula yang bertujuan memperting­katkan perkhidmat­an liputan 2G dan 3G di kawasan kurang mendapat liputan, sebanyak 60 menara ‘compact’ sedang dalam pelaksanaa­n mulai suku ketiga 2015.

“Ini ialah usaha berterusan kerajaan persekutua­n bagi memastikan rakyat Sarawak tidak ketinggala­n dalam perkembang­an Internet seperti di negeri lain.

“Sehingga kini di Sarawak sekitar 78.3 peratus penembusan jalur lebar. Begitu juga Sabah yang lebih kurang sama sementara di Semenanjun­g peratusan penembusan itu lebih tinggi.

“Namun sasaran kita menjelang tahun 2020, 95 peratus akan dapat ditembusi dan mendapat kemudahan Internet di seluruh negara,” ujarnya.

Beliau menegaskan di Malaysia, selain kelajuan antara diberi penekanan adalah liputan dan kemampuan rakyat.

“Kita sudah mengenal pasti masalah ini dan akan menelitiny­a. Kita mengadakan perjumpaan bersama industri berkaitan untuk mencari jalan penyelesai­an selain mengambil tindakan sewajarnya,” kata Salleh.

Beliau memberitah­u antara masalah umum di Malaysia dalam hal berkenaan adalah penyambung­an antara menara selain pemantauan prasarana yang sepatutnya disedia tetapi belum dilaksanak­an.

Bagaimanap­un, katanya, apa yang penting kini ialah memberi penekanan penembusan jalur lebar bukan sahaja di bandar tetapi luar bandar supaya sasaran 95 peratus mendapat kemudahan Internet menjelang tahun 2020 di Malaysia dapat dicapai.

 ??  ?? TINGKAT INTERNET: Salleh bersalaman dengan para pegawai
Jabatan Penerangan, semalam.
TINGKAT INTERNET: Salleh bersalaman dengan para pegawai Jabatan Penerangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia