Utusan Borneo (Sarawak)

SELAMAT MAJU JAYA

Kerjaya cemerlang dalam pasukan polis negeri bermula sebagai kerani pada 1975

- Oleh Jeremy Lanson

Bermula sebagai kerani, Chai mengakhiri kerjaya dalam perkhidmat­an awam sebagai orang nombor dua dalam pasukan polis negeri.

KUCHING: Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung menamatkan kariernya selama 41 tahun dalam perkhidmat­an awam semalam selepas beliau memulakann­ya sebagai kerani sekolah pada 1975 dan menamatkan­nya sebagai orang nombor dua dalam pasukan polis negeri.

Chai, yang mencapai usia persaraan wajib 60 tahun, mengucapka­n selamat tinggal kepada rakan-rakan sekerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada satu majlis yang dihadiri para pegawai kanan dari seluruh negeri, kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga.

Mengimbau kariernya dalam perkhidmat­an awam, Chai berkata beliau menyertai pasukan polis pada tahun 1979 ketika berusia 24 tahun selepas dia berkhidmat sebagai

Saya bermula sebagai kerani di Dragon School pada 1975. Ia mungkin kelihatan seperti satu kerja yang sederhana, tetapi menjadi kerani sebenarnya banyak membantu saya sepanjang saya bekerja dalam

” perkhidmat­an awam.

kerani di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Dragon School).

“Saya bermula sebagai kerani di Dragon School pada 1975. Ia mungkin kelihatan seperti satu kerja yang sederhana, tetapi menjadi kerani sebenarnya banyak membantu saya sepanjang saya bekerja dalam perkhidmat­an awam.

“Setahun berlalu, saya menyertai sekolah latihan Jabatan Telekom ketika itu di Batu Lintang dan menjadi juruteknik yang berpangkal­an di Kuching sebelum saya menyertai pasukan polis pada November 1979,” katanya kepada pemberita.

Dalam pasukan polis, Chai berkata beliau khususnya terlibat dalam aspek teknikal sehingga beliau dilantik menjadi penolong pengarah utama komunikasi bagi pasukan polis iaitu jawatan tertinggi bagi komunikasi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selama tempoh itu, beliau terlibat dalam membangun dan mengkaji pelbagai sistem komunikasi bagi PDRM termasuk membentang­kan kertas kerja pada seminar antarabang­sa yang menyaksika­nnya dianugerah­kan kertas kerja terbaik pada Seminar Future Cop di Bali pada 2005.

Terdahulu dalam ucapan perpisahan­nya, Chai mengucapka­n terima kasih kepada pelbagai pihak atas kerjasama mereka yang membolehka­nnya berkhidmat dalam pasukan polis tanpa sebarang masalah, termasuk rakan sekerja, agensi kerajaan lain serta media.

Pesuruhjay­a Polis Negeri Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman turut memberi penghargaa­n kepada timbalanny­a dalam ucapannya dan mendoakan kejayaan beliau pada masa depan.

Pada akhir majlis, Chai secara rasmi menyerah tugas kepada Ketua Jabatan Pengurusan Polis Negeri Datuk Mohd Jasmani Yusoff, yang sekarang menjadi Pemangku Timbalan Pesuruhjay­a Polis Negeri.

Datuk Dr Chai Khin Chung Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Sabtu menyaksika­n penyerahan tugas di antara Chai (kiri) dan Mohd Jasmani, semalam.
SELAMAT MAJU JAYA: Sabtu menyaksika­n penyerahan tugas di antara Chai (kiri) dan Mohd Jasmani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia