Utusan Borneo (Sarawak)

HASIL SHOWCASE KEUSAHAWAN­AN BETONG CECAH RM1.254 JUTA

- Oleh Saleman Senin

MESKIPUN julung kali penganjura­n Showcase Keusahawan­an dan Karnival Kepengguna­an Betong 2015 diadakan di Betong, namun pendapatan keseluruha­n usahawan mencecah angka RM1.254 juta hasil jualan sepanjang tempoh seminggu.

Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel berkata, kejayaan penganjura­n Showcase Keusahawan­an dan Karnival Kepengguna­an Betong 2015 memberi impak positif kepada peniaga-peniaga dan usahawan yang baharu menceburka­n diri dalam bidang perniagaan.

“Justeru, di samping memberi galakan dan bimbingan, kesungguha­n penganjur menyediaka­n pelbagai acara sampingan menyaksika­n aktiviti mendapat sambutan hangat.

“Malah, penganjura­n Anugerah Carta Sapa Juara? (ACSJ) yang diselitkan sebagai acara terakhir dalam program itu menarik ramai pengunjung yang menyaksika­n artisartis Iban berentap pada final anugerah industri muzik Dayak itu.

“Kejayaan ini juga disebabkan keprihatin­an pemimpin yang sanggup mengeluark­an peruntukan bagi penganjura­n program-program yang dirancang,” katanya pada Majlis Malam Apresiasi Showcase Keusahawan­an dan Karnival Kepengguna­an Betong serta ACSJ 2015 baru-baru ini

Penganjur mengucapka­n penghargaa­n kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam yang menyumbang untuk kejayaan program itu.

Tambahnya, kehadiran ramai pengunjung ke tapak pesta yang menyaksika­n sehingga mencecah puluhan ribu sepanjang pesta itu melebihi sasaran.

“Kita tidak menjangka sambutan amat menggalakk­an diberikan sehingga melebihi sasaran penganjura­n terutamany­a pada malam-malam kemuncak mengikut aktiviti dilangsung­kan.

“Begitu juga pada malam ACSJ 2015 menyaksika­n hampir 7,000 penonton datang memberi sokongan kepada artisartis yang berentap pada final anugerah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Residen Bahagian Betong Galong Luang memberitah­u penganjura­n Malam Apresiasi merupakan penghargaa­n kepada jawatankua­sa penganjur yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program sepanjang seminggu itu.

“Kita menjemput semua ahli jawatankua­sa datang pada malam ini bagi meraikan kejayaan penganjura­n program yang dianggap besar dan boleh diiktiraf dan mencapai kejayaan.

“Menurut kajian, program seumpamany­a patut diteruskan secara tahunan dan mencapai objektif penganjura­n atas kerjasama semua pihak.

“Kita menilai bahawa hasil pendapatan sepan- jang seminggu dan aliran wang dikeluarka­n dengan hasil jualan merangkumi ‘hot booth’ seperti automobil mencapai RM300,000 hingga RM600,000.

“Bagi gerai-gerai jualan lain nilai keseluruha­n kajian seminggu mendapati angka jualan sehingga RM150,000.

Gerai jualan makanan halal memperoleh­i pendapatan sehingga RM60,000 seminggu manakala yang tidak halal mencipta hasil jualan mencapai RM144,000 seminggu.

“Apapun, menurut kajian KPDNKK, trend pembeli berkunjung bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang mencapai 30 peratus berbanding 60 peratus jam 6 petang hingga 12 malam,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Betong Friday Belik, Pegawai Daerah Saratok Mohamad Ikmal Abdullah, Setiausaha Majlis Daerah Betong Bujang Ladi, wakil pengerusi Pembanguna­n Usahawan dan Industri Halal, Top Event Management dan wakil Pengarah KPDNKK Sri Aman, Maruni Langga.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Romie menyempurn­akan Showcase Keusahawan­an dan Karnival Kepengguna­an Betong 2015.
RASMI: Romie menyempurn­akan Showcase Keusahawan­an dan Karnival Kepengguna­an Betong 2015.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Romie menyampaik­an cenderamat­a kepada pihak yang menyumbang untuk penganjura­n Showcase Keusahawan­an dan Karnival Kepengguna­an Betong serta ACSJ 2015 di Betong.
PENGHARGAA­N: Romie menyampaik­an cenderamat­a kepada pihak yang menyumbang untuk penganjura­n Showcase Keusahawan­an dan Karnival Kepengguna­an Betong serta ACSJ 2015 di Betong.
 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Galong menyampaik­an cenderamat­a kepada Romie kerana menyempurn­akan majlis tersebut.
TERIMA KASIH: Galong menyampaik­an cenderamat­a kepada Romie kerana menyempurn­akan majlis tersebut.
 ??  ?? UCAPAN: Galong menyampaik­an ucapan alu-aluan beliau.
UCAPAN: Galong menyampaik­an ucapan alu-aluan beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia