Utusan Borneo (Sarawak)

PIALA KM TARIK 23 NEGARA

55 pemain lelaki, 23 wanita bersaing pada Kejohanan ITF (II) 6-11 Okt

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Seramai 55 pemain lelaki dan 23 wanita dari 23 negara mengesahka­n penyertaan pada Kejohanan Tenis Remaja ITF (II) Piala Ketua Menteri Sarawak Ke-26 (Gred 3) yang akan berlangsun­g dari 6 hingga 11 Oktober ini di gelanggang tenis Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA).

Negara yang mengesahka­n penyertaan kali ini Malaysia, Kanada, China, Kongo, Denmark, Finland, Great Britain, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Norway, Pakistan, Filipina, Afrika Selatan, Rusia, Singapura, Sweden, Thailand, Taiwan, Uzbekistan dan Ukraine.

Tuan rumah Malaysia

Beberapa pemain dari kejohanan lepas turut serta pada saingan kali ini kerana mereka amat berpuas hati dengan mutu penganjura­n, fasiliti yang berkualiti dan lengkap serta layanan mesra orang Sarawak terhadap mereka.

Datuk Patrick Liew Presiden SLTA

menghantar penyertaan terbesar seramai 18 pemain lelaki dan empat wanita merangkumi lima pemain lelaki skuad bayangan SUKMA XVIII Sarawak.

Mereka ialah Alvin Teng, Low Zhe Han, Rohizat Achop, Muhammad Aiman dan Kai Long Jimmy.

“Ini adalah kejohanan antarabang­sa terakhir anjuran SLTA bagi tahun ini dan seperti biasa kita akan memastikan ia dianjur dengan lancar dan berjaya,” menurut Presiden SLTA Datuk Patrick Liew pada sidang media semalam.

“Beberapa pemain dari kejohanan lepas turut serta pada saingan kali ini kerana mereka amat berpuas hati dengan mutu penganjura­n, fasiliti yang berkualiti dan lengkap serta layanan mesra orang Sarawak terhadap mereka.”

Patrick bagaimanap­un mengakui penyertaan kali ini agak kurang terutama dari jumlah peserta wanita dipercayai berpunca daripada masalah jerebu yang melanda negeri ini sejak bulan lepas.

Menurutnya, lebih 60 pemain wanita telah mendaftar awal namun sebahagian besar menarik diri kerana bimbang dengan keadaan jerebu yang masih belum reda di Sarawak.

“Saya juga berharap ITF dapat mengatur jadual pertanding­an secara ‘back-to-back’ bagi memudahkan peserta merancang jadual perjalanan mereka.

“Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ia dapat menjimatka­n perbelanja­an peserta khususnya bagi mereka yang tidak mendapat tajaan,” tegas Patrick.

Pemain Afrika Selatan Damon Kesaris diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan bagi kategori lelaki, manakala Julia Rosenqvist dari Sweden bagi kategori wanita.

 ??  ??
 ??  ?? PERSIAPAN LANCAR: Patrick (tengah) memberi penjelasan pada sidang media Kejohanan Tenis Remaja ITF (II) Piala Ketua Menteri Sarawak Ke-26 (Gred 3) di SLTA, semalam.
PERSIAPAN LANCAR: Patrick (tengah) memberi penjelasan pada sidang media Kejohanan Tenis Remaja ITF (II) Piala Ketua Menteri Sarawak Ke-26 (Gred 3) di SLTA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia