Utusan Borneo (Sarawak)

Nadhar mahu lebarkan sayap ke seluruh M’sia

- Oleh Jude Toyat

KUCHING: Mula bergiat serius dalam bidang nyanyian pada awal tahun 2015, anak jati Bumi Kenyalang, Sarawak, Mohammad Nabawi Nadhar Idrus atau lebih dikenali sebagai Nadhar terus mengorak langkah untuk mencipta nama dalam bidang nyanyian dan melebarkan sayap beliau dengan mempertaru­hkan hasil karyanya sehingga ke Semenanjun­g Malaysia.

Jejaka berumur 21 tahun dari Kuching ini telah berkecimpu­ng dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi atas dorongan keluarga dan rakan-rakan.

“Minat saya dalam bidang nyanyian bermula sejak kecil lagi, namun saya hanya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menyanyi dan memasuki pertanding­an nyanyian sejak saya berumur 9 tahun.

“Keluarga saya yang juga berdarah seni sering mendorong saya untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian jadi pendedahan ini telah bermula sejak dari kecil dan saya rasa amat bersyukur dengan adanya keluarga yang sangat ‘sporting’,” kata beliau semasa ditemubual barubaru ini.

Merujuk dirinya sebagai seorang yang berkeyakin­an tinggi, jejaka tampan dengan suara lantang ini turut menganggot­ai beberapa buah kumpulan antaranya adalah kumpulan yang diberi nama Riveira, dan Borneo Stompers.

“Semasa saya berada di sekolah menengah dari tahun 2009 hingga 2011, saya telah memasuki sebuah kumpulan yang diberi nama Riveira dan bertindak sebagai vokalis kumpulan tersebut.

“Selain itu, ketika saya melanjutka­n pelajaran di Kolej Komuniti Kuching pada tahun 2014, saya turut terlibat dalam sebuah kumpulan yang diberi nama Borneo Stompers. Saya juga merupakan vokalis kumpulan ini,” jelas beliau.

Selain terlibat dalam nyanyian berkumpula­n, Nadhar turut bertanding dalam beberapa buah pertanding­an nyanyian secara solo termasukla­h Soulstar pada tahun 2012, dan ‘Voice of LEEMA’ yang telah menobatkan beliau sebagai juara pertanding­an nyanyian tersebut pada tahun 2015.

“Saya sangat bersyukur setelah bergelar juara pertanding­an Voice of LEEMA.

“Setelah memenangi pertanding­an ini, segala pahit manis kehidupan sebagai seorang artis turut saya rasai, dan saya mula bergerak lebih serius dalam bidang nyanyian di bawah label CQ Music,” jelas Nadhar.

Bercakap mengenai idola beliau, Nadhar memberitah­u antara artis kegemarann­ya yang turut menjadi pembakar semangat bagi beliau dalam bidang ini termasukla­h Afgan, Boyz II Men, dan Anuar Zain.

“Saya menyukai alunan balada lagu yang dibawakan oleh mereka dan saya ingin menjadi seperti mereka satu hari nanti,” tambah beliau lagi.

Nadhar memberitah­u bahawa beliau kini akan melalui latihan praktikal bersama sebuah agensi pelanconga­n di Kuala Lumpur pada bulan November nanti dan beliau akan memberi fokus yang khusus buat bidang nyanyian yang telah menjadi sebahagian dari hidup beliau.

“Semasa berada di sana nanti, saya ingin memperluas­kan lagi peluang yang ada dalam bidang nyanyian dan mungkin menjadikan ia sebagai karier saya pada masa akan datang,” jelas Nadhar yang juga bercitacit­a menjadi seorang penyanyi profesiona­l yang dikenali ramai satu hari nanti.

Bercakap mengenai perkembang­an terbaru beliau, Nadhar menjelaska­n bahawa beliau telah mengeluark­an single terbaru bertajuk ‘Parah’ yang dicipta oleh DJ Fuzz dengan lirik oleh Huza Tahir.

“Lagu tersebut berkisarka­n kisah cinta dua insan. Seorang perempuan ditinggalk­an oleh seorang lelaki. Setelah ditinggalk­an lelaki tersebut, perempuan itu meneruskan hidupnya seperti biasa.

“Namun, suatu hari, lelaki tersebut ingin balik semula ke pangkuan perempuan tersebut, dan perempuan tersebut pun berkata jangan pernah abaikan aku sendiri lagi,” jelas Nadhar tentang kisah di sebalik lagu tersebut.

Setelah memasuki Carta Borrneo ERA dan Carta CATS fm dua bulan yang lepas, lagu ‘Parah’ tidak mengecewak­an selepas berjaya menduduki tangga-tangga teratas dalam tempoh masa sebulan.

Lagu ‘Parah’ telah menduduki tangga ketiga teratas Carta Borneo ERA bersama LEEMA di ERA fm, dan juga Carta CATS fm untuk hampir sebulan.

Nadhar turut menganggap selain penampilan, seorang artis yang berkaliber haruslah memiliki sifat yang berdisipli­n terhadap diri sendiri dan sentiasa menjaga suara dan hidup yang sihat.

“Harapan saya untuk 10 tahun akan datang adalah untuk ditawarkan lebih banyak peluang membuat persembaha­n, dan album semakin laku di pasaran, dan bagi diri saya sendiri, saya harap juga saya tidak akan terkena ‘culture shock’ apabila berada di tahap yang lebih tinggi,” jelas beliau.

Nasihat Nadhar buat mereka yang ingin menjadi seorang penyanyi ialah, “Jikalau mempunyai keinginan untuk menyanyi, lakukanlah dengan seikhlas hati dan jangan memperkeci­lkan kemampuan diri sendiri.

“Tidak kira apa yang orang lain kata, berikan sepenuh perhatian dengan minat anda. Kalau anda boleh menyanyi atau bermain alat muzik, rakamkan dan muat naik kan di laman YouTube, mana tahu ada yang berminat dengan hasil karya anda dan satu hari nanti anda juga akan menjadi seorang penyanyi yang berjaya di masa akan datang.”

Buat para penyokong Nadhar, beliau ingin mengatakan, “Terima kasih kepada para penyokong yang tetap menyokong penglibata­n Nadhar dalam bidang nyanyian. Diharap agar sokongan anda semua tidak akan putus dan teruslah menyokong saya.”

Untuk lebih mengenali Nadhar, bolehlah layari laman Instagram beliau di nadhar_official.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERGAYA: Mohammad Nabawi Nadhar Idrus atau lebih dikenali sebagai Nadhar.
BERGAYA: Mohammad Nabawi Nadhar Idrus atau lebih dikenali sebagai Nadhar.
 ??  ?? BORNEO STOMPERS: Nadhar (kanan) bersama ahli-ahli kumpulan Borneo Stompers.
BORNEO STOMPERS: Nadhar (kanan) bersama ahli-ahli kumpulan Borneo Stompers.
 ??  ?? BERBAKAT: Nadhar beraksi di pentas Soulstar pada tahun 2012.
BERBAKAT: Nadhar beraksi di pentas Soulstar pada tahun 2012.
 ??  ?? RIVEIRA: Nadhar (duduk) bersama ahli-ahli kumpulan Riveira.
RIVEIRA: Nadhar (duduk) bersama ahli-ahli kumpulan Riveira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia