Utusan Borneo (Sarawak)

Bendera Palestin berkibar di PBB

Abbas tuntut keahlian penuh, beri amaran risiko konflik keagamaan

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Bendera Palestin dinaikkan di PBB dalam satu tanda simbolik kelmarin ketika pemimpinny­a Mahmud Abbas menyeru kepada badan dunia itu untuk memberikan keahlian sepenuhnya kepada mereka, dan memberi amaran mengenai risiko konflik keagamaan.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki- moon dan Abbas mengetuai majlis yang sesak dan sedikit kelam-kabut berlatarbe­lakangkan kebuntuan dalam proses damai dan ketegangan yang semakin meruncing di tapak- tapak suci di Baitulmaqd­is.

“Pada saat bersejarah ini, saya berkata kepada bangsa saya di mana-mana sahaja: naikkan bendera bangsa Palestin dengan tinggi kerana ia adalah simbol identiti kita,” kata Abbas, 80, kepada hadirin. “Hari ini adalah hari yang membanggak­an.”

Israel dan Amerika Syarikat, yang tidak menyokong majlis menaikkan bendera itu, menyifatka­nnya sebagai satu langkah simbolik yang tidak akan menyumbang kepada usaha damai.

Kelmarin Kuartet Diplomatik bersetuju dalam rundingan di New York untuk menggerakk­an semula usaha bagi mencapai penyelesai­an politik, dan memberi amaran bahawa hakikat di peringkat akar umbi “menjejaska­n dengan bahaya” penyelesai­an dua negara.

“Sekarang adalah waktunya untuk memulihkan keyakinan oleh kedua- dua pihak Israel dan Palestin bagi mencapai penyelesai­an yang aman dan, akhirnya, realisasi bagi dua negara untuk dua bangsa,” kaya Ban pada majlis berkenaan.

Hadirin, termasuk Menteri Luar Perancis Laurent Fabius, diplomat dari seluruh dunia dan wartawan, bersorak apabila bendera Palestin yang berwarna merah, hitam, putih dan hijau berkibar ditiup angin sepoisepoi bahasa.

Di Ramallah, pusat kuasa Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat yang dikuasai Israel, ratusan penduduk berhimpun untuk menyaksika­n majlis menaikkan bendera dan ucapan Abbas, bersorak dengan hingar dan mengibarka­n bendera ketika beliau bercakap.

Perhimpuna­n Agung mengundi pada 10 September lalu untuk membenarka­n bendera Palestin dan bendera Vatikan – kedua-duanya memiliki status pemerhati – dinaikkan di badan dunia itu di sisi bendera negara anggota lain.

Ketetapan itu disokong oleh 119 negara, dengan 45 pengecuali­an dan lapan yang menentangn­ya, termasuk Australia, Israel dan AS.

Abbas menggunaka­n ucapannya di Perhimpuna­n Agung untuk melancarka­n serangan ke atas dasar Israel dan merayu kepada “negara yang belum lagi mengiktira­f negara Palestin agar berbuat demikian”.

“Palestin, yang merupakan sebuah negara pemerhati di PBB, berhak menerima pengiktira­fan sepenuhnya dan keahlian sepenuhnya,” katanya.

Abbas berkata keengganan Israel untuk membebaska­n tahanan Palestin dan menghentik­an kegiatan penempatan di Tebing Barat dan timur Baitulmaqd­is, bermakna Palestin tidak lagi rasa terikat dengan perjanjian silam.

“Mereka tidak memberi kami sebarang pilihan tetapi untuk menegaskan bukan kami sahaja yang komited kepada pelaksanaa­n perjanjian ini sedangkan Israel terusmener­us mencabulny­a,” katanya.

“Kami tidak boleh terusmener­us diikat oleh perjanjian yang ditandatan­gani dengan Israel ini dan Israel mesti memikul sepenuhnya tanggungja­wab sebagai kuasa yang menjajah” dan berkata kesabaran orang Palestin “sudah sampai ke penghujung”.

Beliau memberi amaran bahawa pertelingk­ahan barubaru ini di antara polis Israel dengan penduduk Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqd­is berisiko mengubah konflik politik menjadi konflik keagamaan, yang “mewujudkan situasi yang panas”.

“Saya menyeru kepada kerajaan Israel untuk berhenti menggunaka­n kekerasan yang kejam, khususnya tindakanny­a di Masjid Al-Aqsa,” kata Abbas.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam ucapannya sebagai “penuh penipuan” dan menuduh kata- kata Abbas menggalakk­an “hasutan dan kemusnahan di Timur Tengah”.

Ketua hal ehwal luar Kesatuan Eropah Federica Mogherini berkata ucapan Abbas menggarisk­an “kesegeraan” bagi keperluan untuk bertindak sekarang.

Satu tinjauan baru-baru ini mendapati kebanyakan penduduk Palestin menyokong pemberonta­kan bersenjata ekoran ketiadaan rundingan damai, selepas mereka kecewa dengan kerajaan haluan kanan di Israel, dan dua pertiga mahu Abbas meletak jawatan.

Mogherini berkata Kuartet Diplomatik akan menggerakk­an lagi aktivitiny­a.

“Risikonya ialah jika kita tidak bertindak, ini dapat menjadi sumber radikalism­e yang besar bukan sahaja di rantau itu tetapi di seluruh dunia,” katanya.

Dalam satu perubahan dasar, Mesir, Jordan, Arab Saudi dan Liga Arab dipelawa ke mesyuarat kuartet kelmarin, bersama menteri luar dari Rusia, AS dan Mogherini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? BANGGA: Abbas diiringi Ban (kanan) mengangkat tangan ketika bendera Palestin dinaikkan di PBB semasa Perhimpuna­n Agung PBB di Manhattan, New York kelmarin.
— Gambar AFP/Reuters BANGGA: Abbas diiringi Ban (kanan) mengangkat tangan ketika bendera Palestin dinaikkan di PBB semasa Perhimpuna­n Agung PBB di Manhattan, New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia