Utusan Borneo (Sarawak)

SEDIA HADAPI BANJIR

JBP Zon Miri akan gerak semua kemudahan menyelamat termasuk perkhidmat­an helikopter bagi hadapi kemungkina­n banjir.

- BERITA DI MUKA

Kami akan gerakkan segala kemudahan termasuk perkhidmat­an dua helikopter di Miri bagi operasi

“menyelamat terutama di kawasan sukar dihubungi dengan jalan darat.

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Zon Miri akan menggerakk­an semua kemudahan menyelamat termasuk perkhidmat­an helikopter bagi menghadapi kemungkina­n banjir.

Ketua Zon 6 Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB1) Law Poh Kiong berkata semua anggota kini dalam keadaan bersiap sedia termasuk dari segi penyediaan kenderaan bagi tugas menyelamat.

“Kami akan gerakkan segala kemudahan termasuk perkhidmat­an dua helikopter di Miri bagi operasi menyelamat terutama di kawasan sukar dihubungi dengan jalan darat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Law memberitah­u, setiap kawasan rendah yang sering berdepan situasi banjir akan dipantau oleh balai- balai bomba di Miri dan Marudi.

Antaranya ialah bagi kawas- an Marudi, ia akan dipantau oleh 16 anggota dengan dua kenderaan pacuan empat roda ( 4WD) dan dua bot penyelamat.

Bagi Niah pula akan diawasi balai JPB Miri dengan kekuatan 30 anggota dibantu dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan se- buah bot.

Manakala bagi banjir yang berlaku di sekitar kawasan Miri akan dipantau oleh balai JBP Lopeng dengan kekuatan anggota 45 orang, dibantu dua kenderaan pacuan empat roda dan dua bot.

Bagi tujuan operasi menyelamat pada musim tengkujuh juga, beliau memberitah­u bahawa semua cuti anggota kini dikawal bagi memastikan mereka dalam keadaan siap siaga.

Law berkata semua kejadian banjir yang berlaku di Miri dan Niah pula akan dipantau keseluruha­nnya menerusi Pusat Kejadian Operasi Bencana (PKOB) Miri.

“PKOB akan mengumpul semua maklumat setiap agensi dan akan mengerakka­n agensi berkenaan mengikut situasi termasuk dalam operasi pemindahan dan menyelamat,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihati penduduk yang tinggal di kawasan rendah agar sentiasa berwaspada dengan kenaikan paras air.

“Bagi mereka yang ting- gal di pinggir sungai, kami menasihati mereka sentiasa memantau kenaikan paras air sungai dan bersedia berpindah jika diarahkan,” jelasnya.

Penduduk juga perlu menyimpan dokumen penting dan menghubung­i Pejabat Daerah, JBP dan pihak polis jika menyedari kenaikan paras air secara mendadak.

Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Zon Miri Antonio Kahti Galis ketika dihubungi berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan agensi kerajaan berkaitan.

Katanya ia bertujuan mendapatka­n maklumat tentang perkhidmat­an yang disediakan dalam agensi kerajaan berkaitan khasnya dalam menghadapi situasi banjir.

Law Poh Kiong Ketua Zon 6

 ??  ??
 ??  ?? LAW
LAW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia