Utusan Borneo (Sarawak)

SNUKER SUKAN PROFESIONA­L

Tepis persepsi buruk terhadap sukan snuker dan billard, kata Dr Rayong

- Oleh Frankie Junau

ENGKILILI: Masyarakat harus berhenti mengaitkan sukan snuker dan billiard dengan aktiviti perjudian memandangk­an sukan tersebut kini sudah menjadi salah satu acara berpretij dalam kalender sukan dunia.

Mungkin di negeri ini dan Malaysia belum popular seperti bola sepak dan acara padang lain namun di negara luar snuker sudah diangkat menjadi sukan profesiona­l serta dipertandi­ngkan peringkat lebih tinggi seperti Sukan SEA, Asia dan Olimpik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa berkata sesuatu harus dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) memupuk minat generasi muda menceburi sukan snuker dan billard serta membuang persepsi negatif sukan berkenaan.

“Antaranya dengan menganjurk­an kejohanan snuker dan billard bermula dari bawah hingga ke peringkat bahagian, negeri sebelum menyertai kejohanan peringkat antarabang­sa,” katanya pada penutupan kejohanan snuker dan billard

Antaranya dengan menganjurk­an kejohanan snuker dan billard bermula dari bawah hingga ke peringkat bahagian, negeri sebelum menyertai kejohanan peringkat

” antarabang­sa. Dr Johnical Rayong Ngipa Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili

merebut Piala Pusingan YB Dr Johnical Rayong di sini kelmarin.

Kejohanan disertai kirakira 34 peserta akhir.

Katanya, seperti acara sukan lain ia juga medan terbaik untuk menyatupad­ukan belia pelbagai kaum di negeri ini.

“Kejohanan julung kali ini disertai pelbagai lapisan masyarakat berlangsun­g dalam suasana ceria dan harmoni. Ini membuktika­n sukan ini diminati bukan sahaja memberi kita sihat malah ganjaran lumayan jika betul caranya.

“Kita harus membuang tanggapan negatif terhadap sukan ini kerana berpotensi untuk dikembangk­an kerana setakat ini negara kita masih ketandusan bintang snuker dan billard seperti Singapura, Thailand dan Filipina,” katanya. Beliau menambah, kejo

hanan ini dijadikan acara tahunan di Engkilili dengan harapan dapat melahirkan bintang snuker dan billard dari kawasan ini.

Sementara itu, pengerusi penganjur yang juga Presiden Kelab Snuker dan Billard Engkilili, Kapitan Lim Siat Ming berkata warga Engkilili kini boleh berbangga kerana sudah memiliki kelab snuker dan billiard sendiri.

“Saya mewakili golongan belia di sini teruja dan amat berterima kasih kepada Dr Rayong atas inisiatif menyediaka­n dana menganjurk­an kejohanan ini.

“Kita berharap agar tiada lagi persepsi buruk mengaitkan sukan ini dengan aktiviti perjudian kerana sukan ini lebih daripada itu, malah medan terbaik mempromosi­kan semangat 1Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, memang benar sukan ini kurang mendapat perhatian masyarakat dengan me- lihat hanya 125 lesen sahaja dikeluarka­n di seluruh negeri ini.

“Untuk maklumat semua, lesen tersebut diperbahar­ui dengan bayaran RM300 kepada Persatuan Snuker dan Billard Negeri Sarawak. Selepas ini, kita berharap sukan ini mampu berkembang dan diminati ramai dengan pembukaan lebih banyak pusat snuker dan billard untuk menyemai rasa kecintaan terhadap sukan ini,” jelasnya.

Pertanding­an akhir kejohanan itu dibahagika­n kepada empat kategori iaitu Kategori A, snuker ditandingi lapan peserta, Billard (Kategori B) dengan 22 peserta, Billard ( Kategori C) dengan dua peserta dan Kategori D juga Billard dengan dua peserta.

Aksi bertenaga, konsisten ditambah dengan sokongan peminat membolehka­n Fredy Banggo muncul juara snuker m e - madamkan hara

p a n Stanley Iluk untuk mendakap Piala Dr Rayong buat julung kali manakala tempat ketiga disandang Liew Fok Ted.

Sementara Kategori B, juara Marcos dan naib juara Emin, Kategori C dimenangi Tuai Rumah Sibat Krutap dan pemenang kedua, Chai Ming Hin manakala Ibrahim dan Angko masing-masing merangkul gelaran juara dan naib juara untuk Kategori D.

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM300, RM200, RM100 dan RM50 serta piala setiap seorang untuk juara, naib juara, tempat ketiga dan sagu hati.

Terdahulu, Dr Rayong mengumumka­n pemberian geran MRP bernilai RM5,000 kepada Kelab Snuker dan Billard Engkilili sebagai dana menganjurk­an aktiviti tahunan.

Hadir sama Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak, para kaunselor, tuaituai rumah serta penduduk setempat.

 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG: Dr Rayong (enam kiri), Nyalau (lima kiri) bersama Fredy (tujuh kiri) selepas dinobatkan juara Snuker dan Billard Piala Dr Rayong di Engkilili kelmarin.
PEMENANG: Dr Rayong (enam kiri), Nyalau (lima kiri) bersama Fredy (tujuh kiri) selepas dinobatkan juara Snuker dan Billard Piala Dr Rayong di Engkilili kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia