Utusan Borneo (Sarawak)

Pengunjung pantai di Miri dinasihati waspada dengan obor-obor

-

MIRI: Orang awam yang berkunjung di sekitar pantai Miri dinasihati agar berhati-hati dengan obor-obor meskipun belum terdapat kes dilaporkan berlaku setakat ini.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Mohd Johari Mohd Taufik berkata meskipun begitu, orang awam dinasihati tidak mandi atau menjauhkan laut sekiranya terjumpa hidupan laut itu.

“Kami telah memaklumka­n kepada semua anggota yang bertugas di menara pantai Eksplaned Luak supaya men- gawasi pengunjung bagi menjamin keselamata­n mereka,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Johari berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan Kelab Bot Piasau menaikkan bendera amaran obor-obor semalam.

Menurut sumber, seorang pengunjung telah terkena bisa obor-obor di kawasan berkenaan namun ia hanya satu kes terpencil dan mangsa berjaya dirawat menggunaka­n cuka.

Mengulas lanjut, Johari berkata kehadiran obor- obor di sekitar pantai Miri sukar diramal kerana ia mengikut fenomena air pasang dan ia kadangkala berada di kawasan lain mengikut arus laut.

“Bagaimanap­un, jika orang awam disengat obor-obor, kami menasihati mereka mencuci kesan sengatan itu dengan cuka bagi meneutralk­an racun serta menghilang­kan kesakitan akibat sengatan,” ujarnya.

Menurut pakar biologi marin, obor-obor satu istilah digunakan bagi menjelaska­n mengenai sejenis hidupan laut yang jasadnya ‘bergelatin’ atau mengandung­i bahan seolah gelatin (lembut seperti jeli).

Terdapat beberapa jenis obor-obor termasuk jenis yang menyengat,dipanggil‘medusae’ dan yang bukan menyengat dipanggil sebagai ‘comb jellies’ atau ‘ctenophora’.

“Cara merawat sengatan obor-obor bergantung kepada jenis obor-obor yang menyerang, tempat disengat serta tindak balas imun mangsa bahkan ada sengatan obor-obor mendatangk­an kesakitan teruk dan mengeluark­an venom toksik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia