Utusan Borneo (Sarawak)

Tukang cuci di HUS dibayar gaji RM550 sahaja

Majikan bukan sahaja tidak tunai janji bayar gaji RM800 malah gagal bayar caruman KWSP mereka

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sekumpulan pekerja yang bertugas sebagai tukang cuci di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini mendakwa dibayar gaji RM550, jauh lebih rendah daripada yang dijanjikan RM800 sebelum ini.

Menurut dakwaan yang dipetik daripada sebuah laman sosial baru-baru ini, pekerja ini telah dijanjikan dengan bayaran gaji RM800 oleh syarikat kontraktor yang berkaitan.

Malangnya pekerja ini bukan sahaja hanya dibayar RM550 dalam tempoh dua bulan ini malah syarikat kontraktor selaku majikan gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jika mereka tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang diterima daripada majikan, mereka boleh membuat laporan kepada dua jabatan ini untuk penilaian dan tidakan selanjutny­a dan jika perlu ia

” akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan.

Berikutan isu itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem semalam menasihati kumpulan pekerja ini membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Jabatan Perhubunga­n Perusahaan.

“Jika mereka tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang diterima daripada majikan, mereka boleh membuat laporan kepada dua jabatan ini untuk penilaian dan tidakan selanjutny­a dan jika perlu ia akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan,” katanya.

Tambah Riot, di bawah kadar gaji minimum, kerajaan dalam Bajet 2016 telah meluluskan peruntukan tambahan sejumlah RM800 juta kepada kementeria­n yang mempunyai kontrak dengan syarikat swasta bagi mengupah pekerja.

Peruntukan tambahan ini adalah bagi memastikan pekerja syarikat kontraktor yang dilantik oleh kementeria­n bagi menjalanka­n kerja-kerja seperti pembersiha­n di hospital termasuk HUS dibayar dengan kadar gaji minimum.

“Saya yakin pekerja-pekerja ini akan dibayar dengan gaji yang dijanjikan apabila peruntukan ini disalurkan nanti, cuma mereka perlu bersabar dahulu.

“Tetapi jika majikan masih gagal membuat bayaran seperti yang dijanjikan mereka boleh membuat laporan kepada jabatan yang berkenaan seperti yang telah saya nyat- akan tadi,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Riot yang juga Ahli Parlimen Serian menyambut baik langkah Kabinet Persekutua­n yang telah mengiktira­f penggunaan istilah Dayak menggantik­an ‘Lain-Lain’ dalam borang rasmi kerajaan.

“Perkara ini telah banyak kali dibincangk­an dalam mesyuarat kabinet dan akhirnya pada Jumaat lepas ia telah diluluskan.

“Sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak saya amat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana telah meluluskan permohonan ini,” katanya yang merupakan menteri tunggal daripada kalangan masyarakat Bidayuh dalam Kabinet Malaysia ketika ini.

Datuk Seri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Riot (duduk tengah) bercakap kepada media di Kuching selepas Majlis Konvokesye­n ILJTM Wilayah Timur (Zon Sarawak) Ke-11 di BCCK semalam.
SIDANG MEDIA: Riot (duduk tengah) bercakap kepada media di Kuching selepas Majlis Konvokesye­n ILJTM Wilayah Timur (Zon Sarawak) Ke-11 di BCCK semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia