Utusan Borneo (Sarawak)

471 graduan ILJTM Wilayah Timur terima sijil dan diploma

-

KUCHING: Seramai 471 graduan menerima sijil dan diploma dalam pelbagai bidang pada Majlis Konvokesye­n Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Wilayah Timur (Zon Sarawak) Ke-11 semalam.

Berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan khas untuk ILJTM di negeri ini melibatkan tiga institut iaitu ILP Miri, ILP Kota Samarahan dan ADTEC Bintulu.

Pengurniaa­n sijil dan diploma kepada para graduan terdiri daripada 419 penerima sijil dan 52 penerima diploma telah disempurna­kan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Pada sidang media selepas majlis itu semalam, Riot berkata bagi mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2020, negara memerlukan sekurangku­rangnya 35 peratus tenaga kerja mahir.

Salah satu usaha kerajaan bagi mencapai sasaran itu ialah dengan menyediaka­n latihan kepada golongan belia di negara ini di 32 institusi latihan merangkumi 23 Institut Latihan Perindustr­ian (ILP), lapan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

“Menjelang tahun 2020 juga, sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu dijangka akan diwujudkan dan daripada jumlah itu 60 peratus memerlukan tenaga kerja mahir.

“Pengwujuda­n pekerjaan baharu ini merangkumi semua sektor termasuk pertanian dan yang terbesar adalah sektor perkilanga­n terutama dalam kawasan Klang Valley dan Samalaju,” katanya.

Tambah Riot, di Sarawak sahaja sebanyak 1.3 juta pekerjaan baharu bakal diwujudkan menjelang 2030 dengan kebanyakan­nya tertumpu di kawasan SCORE.

Daripada jumlah itu katanya, 60 peratus pekerjaan baharu yang diwujudkan memerlukan tenaga kerja mahir.

“Statistik-statistik ini jelas menunjukan bahawa kebolehpas­aran pekerjaan bagi graduan ILJTM adalah tinggi iaitu sebanyak 90 peratus bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam pelbagai sektor.

“Untuk itu saya menggesa agar lebih ramai belia kita mengikuti latihan di ILJTM yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk bukan Bumiputera,” katanya sambil menambah, sebuah lagi ILP akan dibina di Sarawak iaitu di Serian dalam masa terdekat.

Konvokesye­n itu semalam turut menyaksika­n penyampaia­n hadiah dan sijil kepada lima graduan terbaik iaitu Mahrajan Abdul Rahman, graduan Diploma Teknologi Automotif daripada ADTEC Bintulu dan Wan Haffizi Wan Haladin serta JokersonAr­onsterKame­sKetek daripada ILP Kota Samarahan yang masing-masing dalam Sijil Teknologi Mekatronik dan Sijil Teknologi Automotif.

Dua lagi graduan terbaik daripada ILP Miri iaitu Samson Samuel dan Arinnie Dalison masing-masing mengikuti pengajian dalam Sijil Teknologi Telekomuni­kasi.

Anugerah Tokoh Graduan disampaika­n kepada Terry Joseph yang mengikuti kursus Sijil Teknologi Elektrik manakala Anugerah Syarikat Contoh ILP Miri disampaika­n kepada Exact Engineerin­g Sdn Bhd.

Turut hadir pada konvokesye­n itu semalam, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabang­sa) Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Mohd Sahar Darusman dan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Chin Phaik Yoong.

 ??  ?? TERBAIK: Riot (dua kanan) bersama tiga graduan terbaik ILJTM, Wan Haffizi (kiri), Arinnie dan Mahrajan selepas pengurniaa­n sijil dan diploma semalam. Turut kelihatan Chin (kanan).
TERBAIK: Riot (dua kanan) bersama tiga graduan terbaik ILJTM, Wan Haffizi (kiri), Arinnie dan Mahrajan selepas pengurniaa­n sijil dan diploma semalam. Turut kelihatan Chin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia