Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada respons SUPP punca penubuhan jawatankua­sa SUPP, UPP tergantung

-

KUCHING: Arahan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem supaya Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) agar menyelesai­kan pertikaian antara dua parti itu sebelum 1 Disember ini masih lagi tergantung.

Walaupun UPP menyatakan kesediaann­ya untuk bekerjasam­a dengan parti Cina tertua di negeri ini, SUPP, memandangk­an Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi, namun ia masih tidak mendapat sebarang respons daripada SUPP untuk persetujua­n penubuhan jawatankua­sa untuk kedua-dua parti itu.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kedua- dua parti itu telah diarahkan oleh Adenan semasa perjumpaan tertutup yang berlangsun­g pada 19 Oktober untuk menubuhkan jawatankua­sa yang dikenali sebagai ‘Ten-Men Commit- tee’ ( lima daripada SUPP dan lima daripada UPP) bagi membincang serta membuat keputusan untuk pembahagia­n kerusi dalam masa sebulan.

“Ketua Menteri telah meminta saya memulakan inisiatif untuk berbincang tetapi saya tidak dapat berhubung dengan Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian.

“Selain itu, saya juga telah membuat keputusan untuk menulis surat kepadanya, sebenarnya sudah dua kali, iaitu pada 23 Oktober lalu dan selepas itu, tetapi masih tidak mendapat sebarang respons daripadany­a ( Dr Sim),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Deepavali Extravagan­za di kompleks beli belah Riverside di sini, semalam.

Menurut Wong, ia merupakan arahan dan perkiraan daripada Adenan bahawa pertikaian antara dua pihak itu haruslah diselesaik­an dengan cara yang memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak.

“Saya rasa alasan beliau ( Adenan) mahu mengatur perkara ini ialah kerana dalam fikirannya berfikir dua aspek; di mana yang pertama ialah perpaduan masyarakat Cina dan yang kedua ialah berhubung perpaduan seluruh pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN),” ujarnya.

Ketika disoal mengenai tindakan seterusnya daripada UPP sekiranya SUPP masih berdegil sehingga menjelang 1 Disember ini, jelas Wong yang merupakan Menteri Kewangan Kedua, pihaknya akan menyerahka­n perkara itu kepada Adenan untuk membuat keputuan seterusnya.

“Saya faham bahawa SUPP mengadakan Persidanga­n Delegasi Tahunan semalam ( Sabtu) dan ia kelihatan seperti mereka tidak akan berkomprom­i dengan 19 kerusi miliknya.

“Sebenarnya saya juga ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pihak mereka (SUPP) telah menolak cadangan itu.

“Tidak ada banyak benda kami dapat lakukan. Arahan itu adalah daripada Ketua Menteri jadi kita akan menyerahka­n perkara tersebut kepadanya untuk membuat sebarang keputusan,” jelasnya.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia