Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Dayak DAP menandatan­gani rangka tindakan ‘DAP Dayak Blueprint’

-

KUCHING: Pemimpin Dayak Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam menandatan­gani rangka tindakan ‘DAP Dayak Blueprint’ yang juga merupakan manifesto kumpulan itu pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) akan datang.

Rangka tindakan itu ditandatan­gani sempena penyertaan rasmi 12 pemimpin Dayak daripada pelbagai latar belakang profesion menyertai DAP.

Mereka ialah Richard Lias, Philip Tero, Paul Raja, Baba Emperan, Ali Basah, Frankie Bedindang, Douglas Alau, David Kalom, Granda Aing, Robert Tella, Edward Agong dan Gabriel Ajan Jok.

Rangka tindakan itu ditandatan­gani di hadapan Penasihat DAP Pusat Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Paul Raja yang mewakili kumpulan berkenaan berkata kumpulan itu mengambil keputusan menyertai DAP disebabkan beberapa isu berkaitan komuniti Dayak antaranya politik, tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR), pembanguna­n sumber manusia, pembanguna­n infrastruk­tur dan perhubunga­n serta identiti Dayak.

Menurutnya walaupun Sarawak merdeka dalam Malaysia selama 52 tahun di bawah monopoli Barisan Nasional (BN), komuniti Dayak dipinggir dan dilupakan atas banyak sebab.

“Salah satu punca masalahmas­alah dihadapi Dayak ialah disebabkan politik.

“Politik Dayak wujud sejak 50 tahun lalu, walaupun pada awalnya Dayak merupakan kuasa politik yang kuat tetapi lemah perlahan-lahan,” katanya pada sidang media.

“Oleh sebab kami mengambil keputusan menyalurka­n rasa setia dan semangat tidak berbelah bahagi patriotism Dayak menerusi DAP, parti yang telah membuktika­n janji dan lebih penting berjuang untuk semua rakyat Malay- sia,” ujarnya.

Tambah Paul lagi, masalah yang dihadapi komuniti Dayak hari ini adalah berpunca daripada pemimpin politik Dayak itu sendiri, gagal bersuara untuk kaum itu sendiri.

Mengulas mengenai ‘DAP Dayak Blueprint’, beliau berkata ia merangkumi tujuh perkara utama, iaitu politik, pembaharua­n tanah (NCR), dasar pembanguna­n penduduk asal negara (NIDP), pembanguna­n sumber manusia, pembanguna­n infrastruk­tur dan perhubunga­n, identiti Dayak dan Perjanjian Malaysia 1963.

“DAP Dayak Blueprint ini juga akan bertindak sebagai manifesto kami pada PRN akan datang,” ujarnya.

 ??  ?? LANGKAH AWAL: Paul menyerahka­n‘DAP Dayak Blueprint’kepada Chong sambil disaksikan Lim (tengah).
LANGKAH AWAL: Paul menyerahka­n‘DAP Dayak Blueprint’kepada Chong sambil disaksikan Lim (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia