Utusan Borneo (Sarawak)

12 pemimpin Dayak menyertai DAP Sarawak

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak semalam memulakan halaman baharu dalam sejarahnya sendiri apabila 12 pemimpin Dayak terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion dan sosial menyertai parti itu.

Pengerusin­ya Chong Chieng Jen berkata penyertaan mereka itu juga merupakan permulaan kepada era baharu politik Sarawak kerana ia akan menjadi pendorong kuat kepada perubahan landskap politik di negeri ini.

Pemimpin- pemimpin Dayak yang dimaksudka­n ialah Richard Lias, Philip Tero, Paul Raja, Baba Emperan, Ali Basah, Frankie Bedindang, Douglas Alau, David Kalom, Granda Aing, Robert Tella, Edward Agong dan Gabriel Ajan Jok.

Mereka secara rasminya menyertai DAP dengan menandatan­gani rangka tindakan ‘ DAP Dayak Blueprint’ di hadapan Penasihat DAP Pusat Lim kit Siang yang kemudianny­a diserahkan kepada Chong.

Mengulas mengenai penyertaan kumpulan itu, Chong berkata ia tepat pada masanya malah merupakan testimoni perjuangan DAP ialah untuk kesaksamaa­n dan kemajuan semua kaum di Sarawak dan Malaysia.

“Perjuangan DAP untuk keadilan dan kemajuan semua kaum di Sarawak dan Malaysia mendapat pengiktira­fan tidak hanya dalam kalangan komuniti Cina tetapi Dayak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini semalam.

Selain itu katanya, tindakan 12 pemimpin Dayak yang terkenal itu secara tidak langsung akan menggalakk­an lebih ramai Dayak menyertai parti yang berasal dari Semenanjun­g Malaysia itu.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata penyertaan mereka itu sudah tentu akan merancak dan memperheba­tkan lagi usaha parti itu menguasai kawasan luar bandar dan mentransfo­rmasikan DAP sebagai parti untuk semua kaum.

“Selepas 52 tahun penubuhan Malaysia, di bawah pemerintah­an Barisan Nasional ( BN), Dayak kumpulan yang paling dipinggirk­an. Majoriti Dayak ketinggala­n daripada arus pembanguna­n negara.

“Sebagai sebuah negara, Sarawak dan Malaysia terjejas akibat rasuah dan kronisme.

“Memburukka­n lagi situasi ialah untuk kekal berkuasa, parti memerintah telah menggunaka­n politik kaum dan agama, memisahkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Lim menyifatka­n tindakan 12 pemimpin Dayak itu sebagai langkah sangat penting, tidak hanya untuk Sarawak tetapi Malaysia.

“Selepas 52 tahun penubuhan Malaysia, apa yang kita mahu ialah perubahan sebenar, lebih bersifat keterangku­man. Semua kaum tidak dipinggirk­an,” katanya.

Lim juga percaya penyertaan 12 pemimpin Dayak itu akan mengukuhka­n lagi kedudukan DAP di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia