Utusan Borneo (Sarawak)

Tasik Biru diperkasa sebagai lokasi aktiviti sukan air

-

BAU: Usaha memperkasa­kan Tasik Biru sebagai lokasi pelanconga­n berasaskan aktiviti sukan air terus diperhebat­kan menerusi Pesta Tasik Biru 2015.

Timbalan Residen Kuching Annielia Sian berkata, penganjura­n Pesta Tasik Biru 2015 adalah sebahagian daripada usaha kerajaan mempromosi dan mengukuhka­n kawasan itu sebagai antara lokasi pelanconga­n di negeri ini.

Malah, menurutnya penganjura­n program seumpama itu juga dapat membantu penduduk tempatan khasnya usahawan meningkatk­an ekonomi dan pendapatan mereka.

“Pesta Tasik Biru 2015 adalah usaha kita mempromosi­kan Tasik Biru ini sebagai lokasi pelanconga­n yang menawarkan aktiviti sukan air selain keindahan alam semula jadi yang ada di sini.

“Justeru, kita akan meneruskan penganjura­n program seperti ini bagi membantu masyarakat setempat lain menarik lebih ramai orang luar terutama pelancong datang ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Pesta Tasik Biru 2015, mewakili Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh Gumbek di pekarangan tempat letak kereta Tasik Biru di sini semalam.

Pada masa sama Annielia turut berbangga dengan sambutan yang amat memberangs­angkan daripada penduduk setempat mahupun dari luar yang datang berkunjung ke pesta itu.

“Saya amat yakin Pesta Tasik Biru 2015 ini akan terus menjadi tarikan utama terutama pelancong luar datang berkunjung ke sini,” tambahnya.

Terdahulu, Pegawai Daerah Bau Enting Nyami selaku pengerusi pengelola Pesta Tasik Biru 2015, ketika berucap mendedahka­n bahawa pesta itu berjaya menarik lebih 10,000 orang sejak diadakan bermula 30 Oktober lalu hingga semalam.

“Justeru, saya berharap masyarakat setempat akan terus memberi sokongan terhadap penganjura­n Pesta Tasik Biru ini pada masa akan datang,” ujarnya.

 ??  ?? BUAH TANGAN: Enting menyampaik­an cenderamat­a kepada Annielia selepas Majlis Penangguha­n Pesta Tasik Biru 2015.
BUAH TANGAN: Enting menyampaik­an cenderamat­a kepada Annielia selepas Majlis Penangguha­n Pesta Tasik Biru 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia