Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS harus diberi kuasa tambah kuota ambil pelajar perubatan

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) harus diberi kuasa autonomi untuk menambah kuota pengambila­n pelajar tempatan dalam bidang perubatan bagi meningkatk­an nisbah bilangan doktor di Sarawak.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang mendedahka­n bahawa Sarawak masih ketinggala­n dari segi nisbah bilangan doktor dengan jumlah populasi di negeri ini iaitu 1:1,200 berbanding nisbah kebangsaan 1:600.

Malah, tegasnya meskipun sudah lebih 50 tahun merdeka, Sarawak masih jauh ketinggala­n dari segi nisbah tersebut terutama melibatkan kawasan luar bandar yang pastinya menyukarka­n untuk mencapai nisbah kebangsaan itu.

“Di Sarawak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di UNIMAS sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun.

“Dan dengan usia ini saya secara peribadi berpandang­an UNIMAS seharusnya mempunyai hospital sendiri untuk mencapai hasrat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sarawak di Imperial Hotel di sini malam kelmarin.

Selain itu, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan berkata, Sarawak amat memerlukan peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat untuk menambah baik kemudahan di setiap hospital dan klinik di negeri ini.

“Kita amat bimbang tentang keperluan terutama masyarakat luar bandar dalam mendapatka­n perkhidmat­an perubatan khususnya klinik dan doktor pakar.

“Untuk mencapai sasaran ini, perlu ada penambahba­ikan dalam penyediaan dan penyampaia­n penjagaan kesihatan baik dari segi kemudahan, peralatan mahupun kakitangan­nya,” jelasnya.

Menyentuhm­engenaiMMA, beliau menggesa agar persatuan itu memainkan peranan dalam menjadi suara kepada ahlinya yang terdiri daripada doktor dan kakitangan perubatan untuk menambah baik mutu perkhidmat­an di negeri ini.

“Saya berharap MMA dapat bersama- sama membantu Kerajaan Negeri Sarawak memperheba­tkan lagi penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat negeri ini selain menjaga kebajikan ahlinya,” ujarnya.

Turut hadir Presiden MMA Dr Ashok Zachariah Philip dan Pengerusi MMA Sarawak Dr Kamarudin Kana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia