Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai digalak jadi ahli Lembaga Pelawat Kebajikan

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menggalakk­an lebih ramai penyertaan sebagai ahli Lembaga Pelawat Kebajikan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Katanya penyertaan sukarela itu tidak dipaksa atau dibayar wang ringgit tetapi perlu dijalankan secara ikhlas.

“Ahli Lembaga Pelawat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) menjalanka­n pelbagai peranan untuk membantu masyarakat hari ini.

“Antaranya mengurus, membantu pemulihan, mencari dana dan terlibat sama dalam membuat keputusan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ahli Lembaga Pelawat Insitusi Kebajikan JKMNS Tahun 2015.

Tugas-tugas sukarelawa­n itu melibatkan sembilan institusi termasuk Rumah KanakKanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Rumah Kanak-Kanak Kuching, Taman Seri Puteri Kuching, Sekolah Tunas Bakti (P) Miri.

Juga Sekolah Tunas Bakti (L) Kuching, Rumah Seri Kenangan Kuching, Rumah Seri Kenangan Sibu, Pusat Pemulihan Samarahan dan Bengkel Seri Sarawak.

Justeru seramai 60 ahli Lembaga Pelawat Insitusi Kebajikan telah berkumpul sejak 31 Oktober hingga semalam bagi bersidang mencari jalan memantapka­n perkhidmat­an pihaknya.

Pihaknya menguruska­n kepentinga­n kumpulan sasar JKMNS khususnya kanakkanak, warga emas dan orang kurang upaya.

Ia kemudian ujar beliau, akan menjadi nilai tambah yang akan bermanfaat untuk para penghuni.

Beliau turut menggesa agar setiap lapisan yang terdiri daripada pasukan pengurusan, lembaga, penghuni, masyarakat sekitar dan anggota masyarakat serta badan korporat, agensi kerajaan atau orang perseorang­an menyumbang idea, dana dan material kepada insitusi demi kelangsung­an pelaksanaa­n program pihaknya.

 ??  ?? PELANTIKAN: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an watikah pelantikan kepada salah seorang peserta Ahli Lembaga Pelawat Kebajikan pada majlis itu semalam.
PELANTIKAN: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an watikah pelantikan kepada salah seorang peserta Ahli Lembaga Pelawat Kebajikan pada majlis itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia