Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas tentera disaran terlibat dalam penanaman pokok tin

-

KUCHING: Bekas tentera di negeri ini disaran terlibat dalam penanaman pokok tin sebagai sumber pendapatan kerana ia memiliki nilai pasaran yang tinggi.

Justeru, Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera ( PERHEBAT) Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim berkata pihaknya menyediaka­n kursus untuk membimbing bekas tentera yang berminat.

“Kursus penanaman pokok tin merupakan usaha PERHEBAT dalam membantu bekas tentera kerana ia boleh dilaksanak­an oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan kawasan yang luas dan stabil.

“Pokok tin dipilih kerana ia mempunyai pasaran yang sangat tinggi di Malaysia,” katanya pada Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Sijil Program Pembanguna­n Sosioekono­mi Veteran ATM Sarawak di Serapi Garden di sini, semalam.

Menurut Abdul Aziz, pokok tin mempunyai nilai kerana anak pokok, dahan, daun, buah dan getahnya adalah dijual pada harga yang tinggi.

“Oleh itu, penanaman pokok tin mampu menaikkan sosioekono­mi bekas tentera,” katanya.

Untuk menjayakan usaha tersebut, beliau berkata PER- HEBAT telah melantik tiga veteran ATM sebagai mentor bagi zon Sarawak yang berperanan membimbing usahawan veteran untuk lebih kompetitif dan mapan di pasaran semasa.

Mentor-mentor yang dilantik ialah Kapten (B) Md Nasir Md Zain, Morshidi Moris dan Teruna Merniadi.

“Untuk itu, saya berharap veteran ATM di Sarawak akan memanfaatk­an peluang ini dengan bersama-sama menjalanka­n penanaman pokok tin.

“Malah, PERHEBAT juga bersedia menjalanka­n kursus jika terdapat permintaan,” katanya.

Pada masa sama, katanya PERHEBAT turut menyediaka­n Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM dengan nilai pinjaman sehingga RM50,000 tanpa faedah untuk memulakan atau mengembang­kan perniagaan.

Sementara itu, seramai 30 veteran ATM di sini menyertai Kursus Penanaman Pokok Tin dalam Program Pembanguna­n Sosioekono­mi Veteran ATM Sarawak yang berlangsun­g pada 31 Oktober hingga semalam.

Abdul Aziz turut merasmikan Serapi Garden iaitu sebuah ladang pokok tin dan madu kelulut yang pertama di Sarawak yang diusahakan oleh Md Nasir.

 ??  ?? POKOK BERNILAI: Abdul Aziz bersama Md Nasir dan beberapa peserta kursus penanaman pokok tin melihat pokok tin yang terdapat di Serapi Garden.
POKOK BERNILAI: Abdul Aziz bersama Md Nasir dan beberapa peserta kursus penanaman pokok tin melihat pokok tin yang terdapat di Serapi Garden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia