Utusan Borneo (Sarawak)

Cuti pelepasan Deepavali akan dibawa ke kabinet

Wong yakin akan mendapat sokongan semua rakan kabinet, pertimbang­an daripada Adenan

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh memberi jaminan akan membawa permohonan penganut Hindu untuk memperoleh cuti pelepasan sempena perayaan Deepavali ke kabinet negeri.

Katanya beliau juga yakin akan mendapat sokongan daripada semua rakan kabinet yang lain dan semestinya akan mendapat pertimbang­an daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Saya menerima permohonan daripada Presiden Organisasi Belia Hindu Kuching (OBHK) Kannan Muniandy yang meminta agar kerajaan memberi pelepasan cuti tanpa rekod kepada penganut Hindu yang bekerja di sektor swasta.

“Bagaimanap­un ia seharusnya ditulis kepada jawatankua­sa undang- undang buruh Sarawak, tetapi saya akan membawa perkara ini ke kabinet negeri dan ia akan dibincangk­an.

“Saya pasti Ketua Menteri kita akan mempertimb­ang-

Saya menerima permohonan daripada Presiden Organisasi Belia Hindu Kuching (OBHK) Kannan Muniandy yang meminta agar kerajaan memberi pelepasan cuti tanpa rekod kepada penganut Hindu

” yang bekerja di sektor swasta.

kannya,” katanya.

Jelasnya ketika membaca permohonan bertulis daripada Kannan, sejak 1978, Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntu­kkan pelepasan cuti tanpa rekod kepada penjawat awam beragama Hindu sempena perayaan Deepavali, justeru permohonan itu mahu ia juga diberikan kepada pekerja swasta.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Deepavali Extravagan­za di kompleks beli belah Riverside, di sini, semalam.

Selain itu jelasnya, OBHK juga memohon agar lebih ramai masyarakat India khususnya dalam kalangan remaja dan belia diberi peluang yang lebih besar untuk menyandang jawatan sektor awam.

“Perkara ini juga akan diberi perhatian dan akan dibincangk­an dalam kabinet negeri,” tegasnya.

Dalam perkembang­an lain, beliau yang merupakan presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) menjelaska­n, baru-baru ini, parti itu menubuhkan Tabung Pendidikan bernilai RM30 juta.

“Saya mahu sesiapa sahaja termasuk masyarakat India memohon bantuan pendidikan daripada Tabung Pendidikan UPP.

“Kami tidak akan memberi token kepada individu atau pelajar yang menun- jukkan kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n di peringkat sekolah tetapi kami mahu memberi bantuan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah yang memerlukan bantuan, termasuk ibu atau bapa tunggal yang menanggung anak yang masih bersekolah.

“Ia juga termasuk anakanak di darjah satu hingga anak-anak yang menuntut di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Wong memberitah­u, orang ramai yang berminat memohon bantuan pendidikan itu boleh mendapatka­n borang permohonan bantuan di UPP Cawangan Batu Kawa.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n geran peruntukan projek kecil luar bandar ( MRP) sebanyak RM20,000 untuk diagihkan sama rata kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hindu.

Deepavali Extravagan­za itu turut menampilka­n pelbagai aktiviti sampingan termasuk persembaha­n tarian dan nyanyian, pertunjuka­n kostum tradisiona­l kanak-kanak, pertanding­an, permainan interaktif dan banyak lagi.

Selain itu, orang ramai juga berkesempa­tan menyaksika­n demonstras­i membuat muruku, ‘Kolam’ (Ranggoli), jahitan sari serta pembuatan ‘Thoranam’.

Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Kewangan Kedua

 ??  ?? SIMBOLIK: Wong menyalakan lilin pada hiasan ‘Kolam’ sebagai simbolik perasmian Deepavali Extravagan­za di Kuching, semalam. Turut kelihatan Kannan (kiri).
SIMBOLIK: Wong menyalakan lilin pada hiasan ‘Kolam’ sebagai simbolik perasmian Deepavali Extravagan­za di Kuching, semalam. Turut kelihatan Kannan (kiri).
 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Masir (tengah) bersama JKKK rumah panjang sebaik sahaja tiba pada majlis tersebut.
BERSAMA RAKYAT: Masir (tengah) bersama JKKK rumah panjang sebaik sahaja tiba pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia