Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen pengasinga­n langkah penguranga­n sisa pelupusan

-

SIBU: Kempen Pengasinga­n Sisa Kitar Semula adalah inisiatif Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) bagi mengurangk­an penghantar­an sisa ke Tapak Pelupusan Sampah Kemuyang.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Perbandara­n Kaunselor Rhoda Ting berkata kempen itu mewujudkan kesedaran penduduk mengambil langkah-langkah proaktif memelihara alam sekitar.

“Kempen pengasinga­n sisa satu projek perintis di kampung. Kita akan memantau dan bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) masing-masing.

“Laporan bulanan akan dikumpulka­n supaya kita tahu perkembang­an kempen. Jika ada apa-apa kekurangan dalam kutipan sisa kita mengarahka­n kakitangan MPS turun padang mengenal pasti kekurangan itu,” katanya pada Kempen Pengasinga­n Sisa Kitar Semula di Jalan Bandong semalam.

Rhoda memberitah­u, projek perintis itu mula dilaksanak­an di kawasan lain pada 2011.

“MPS memulakan kempen pengasinga­n sisa di rumah pada Jun 2011 di Taman Li Hua dan Taman Seduan dengan bantuan JKKK dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kawasan terbabit.

“Projek diteruskan di dua lokasi lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Bukit Lima. Pada 2014, tiga lagi kawasan dikenal pasti iaitu Jalan Apollo, Permai dan Kolej Laila Taib (KLT),” ujarnya.

Rhoda berkata tahun ini di bawah kepimpinan Kaunselor Ibrahim Laili tiga lagi kawasan dikenal pasti untuk kempen itu dan dibantu JKKK Bandong, Abang Barieng, Kampung Nangka dan Datu Baru.

“Mengikut statistik, MPS berjaya mengumpul sebanyak 12,077 kilogram sisa pada 2011, 2012 (17,774 kilogram), 2013 (12,431 kilogram), 2014 (16,993 kilogram) dan setakat September 2015 (10,787 kilogram),” katanya.

Menurutnya, disebabkan sambutan kurang memuaskan dengan kutipan di IPD, kutipan dihentikan pada 2014 dan begitu juga kutipan dihentikan pada April 2014 untuk kawasan Permai.

“Saya harap inisiatif penganjura­n kempen itu dapat diteruskan di kawasan lain sebagai usaha MPS mewujudkan persekitar­an hijau dan bersih,” jelasnya sambil menambah, MPS sentiasa komited dalam usaha memelihara alam sekitar.

Kempen anjuran MPS dengan kerjasama Sekretaria­t Pertubuhan Komuniti Nangka (SPEKNA) dan JKKK DUN Nangka di Surau Darul Islam, Jalan Bandong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee menyempurn­akan kempen itu. Turut hadir pengerusi pengelola, Kaunselor Ibrahim Laili.

 ??  ?? MEMELIHARA ALAM SEKITAR: Dr Annuar (duduk barisan kedua, lima kanan), Rhoda (duduk enam kanan) dan Ibrahim (dua kanan) bersama penduduk kampung pada kempen itu.
MEMELIHARA ALAM SEKITAR: Dr Annuar (duduk barisan kedua, lima kanan), Rhoda (duduk enam kanan) dan Ibrahim (dua kanan) bersama penduduk kampung pada kempen itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia