Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak perkenal buku papar sisi menarik Borneo Malaysia

-

KUCHING: Di World Travel Mart 2015 (WTM), Sarawak akan memperkena­lkan sebuah buku yang memaparkan sisi menarik Borneo Malaysia yang sering terlepas pandang.

Buku ‘Batang Ai Rainforest, Wildlife and People’ membawa pembaca dalam perjalanan visual menerusi keindahan daerah sekitar Batang Ai yang menakjubka­n di negeri ini dan akan dilancarka­n pada peringkat antarabang­sa di Astaka Malaysia di WTM pada 2 November (hari ini).

Diterbitka­n oleh salah satu pengusaha pelanconga­n terkemuka di Malaysia - Borneo Adventure, buku tersebut memaparkan kawasan yang memukau di Batang Ai iaitu kawasan kaum Iban dalam hutan hujan tropika dan salah sebuah habitat yang masih sesuai untuk orang utan di Sarawak.

Buku tersebut memberi tumpuan kepada pelbagai flora dan fauna yang saling berkaitan dengan penduduk tempatan termasuk bab-bab yang khusus bagi pemuli- haraan dan pembanguna­n serta penglibata­n masyarakat tempatan dalam industri pelanconga­n.

Hutan hujan dara dan sekunder di Batang Ai yang ditelusuri sungai-sungai deras mempunyai pelbagai hidupan liar serta beberapa masyarakat Iban yang tinggal di pinggir hutan hujan tersebut.

Philip Yong dan Robert Basiuk yang sama-sama menulis dan menyunting buku itu, memulakan kerja bersama masyarakat tempatan di kawasan berkenaan kira-kira 28 tahun lalu.

Sambil menyifatka­n buku itu sebagai satu usaha rakan kongsi, Yong dan pengarah urusan Borneo Adventure berkata syarikatny­a bekerjasam­a dengan penduduk rumah panjang Nanga Sumpa pada 1987 dan bersamasam­a memajukan pelbagai aktiviti pelanconga­n bernilai tinggi yang memberi faedah ekonomi kepada penduduk setempat.

Aktiviti pelanconga­n sejak itu sudah diperkemba­ngkan untuk melibatkan lima komuniti setempat.

Beliau menambah, alam semula jadi yang indah di Batang Ai menarik pelawat asing dan buku ini mendokumen­kan alam sekitar, keindahan, tarikan dan penduduk di kawasan itu.

Pada 2013, Borneo Adventure menganggot­ai sepasukan penyelidik yang mengesahka­n kewujudan 200 ekor orang utan yang tinggal di luar sempadan Taman Negara Batang Ai.

Ekoran penemuan ini, Kerajaan Negeri Sarawak mengumumka­n ia akan melindungi hutan tersebut sebagai sebahagian daripada program pemulihara­an orang utan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak Datu Ik Pahon Joyik berkata buku itu pasti dapat membantu Sarawak mempromosi­kan Batang Ai sebagai destinasi penting di Sarawak kepada ekopelanco­ng di seluruh dunia.

Selain itu, ia akan meningkatk­an lagi kesedaran mengenai alam semula jadi dan produk pengembara­an di Sarawak di kalangan masyarakat Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia