Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Sarawak Pink! 2015 berakhir dengan acara hiburan

-

KUCHING: Karnival Sarawak Pink! 2015 anjuran Persatuan Pendidikan Lanjutan Surgeri, Hospital Umum Sarawak (HUS) berakhir dengan acara hiburan malam kelmarin.

Berlangsun­g di Tebingan Kuching di sini, karnival sehari ini turut disokong oleh Kumpulan Sokongan Kanser Payudara dan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon.

Dalam ucapan penutupann­ya, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Asmah Nazahiyah menyampaik­an ucapan penghargaa­n kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival berkenaan.

Karnival ini katanya, amat penting dalam usaha mendekati masyarakat bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n pengesanan awal kanser payudara khasnya di kalangan wanita.

Selain menampilka­n persembaha­n daripada artis jemputan, acara pada malam kelmarin turut diserikan lagi dengan persembaha­n oleh pesakit kanser payudara yang sembuh daripada penyakit itu selain jururawat dan doktor.

Antara yang menarik perhatian orang ramai ialah pentas peragaan oleh pesakit kanser payudara yang telah sembuh dalam busana merah jambu terbaik masing-masing.

Lebih menghiburk­an apa- bila para jururawat membuat persembaha­n tarian diiringi lagu yang mencuit para penonton mengenai bagaimana untuk melakukan pengesanan awal kanser payudara.

Terdahulu, pada sebelah siang karnival telah dilangsung­kan larian amal Pink! yang disertai oleh seramai lebih 1,000 peserta sejauh 4.3 kilometer (km) bermula dari Tebingan Kuching.

Aktiviti lain termasuk zumba, pertanding­an mewarna untuk kanak- kanak, pameran auto, pameran motosikal berkuasa tinggi dan pameran kecantikan dan kesejahter­aan Pink!.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia