Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS harap pengambila­n pembantu guru dilaksana dalam tempoh terdekat

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) berharap cadangan pengambila­n pembantu guru Gred N17 dapat dilaksanak­an dalam tempoh terdekat.

Menurut Presiden KGBS Ahmad Malie, isu bebanan guru itu terlalu lama dibincangk­an di peringkat Kementeria­n Pendidikan bersama pihak kesatuan persatuan guru namun sehingga kini belum ada tindakan tuntas dilaksanak­an.

“Isu ini kalau nak diambil kira dari segi tempoh (dibincangk­an) telah menjangkau lebih 10 tahun, namun ironinya ia belum juga selesai,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengenai cadangan untuk memperluas­kan pengambila­n pembantu guru Gred N17 di seluruh negara bagi mengurangk­an bebanan guru.

Projek rintis pengambila­n pembantu guru Gred N17 telah dilaksanak­an di Melaka dan Kedah, hasil penubuhan sebuah jawatankua­sa mengkaji beban guru pada 2010.

Ahmad menambah, oleh itu dengan pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu isu itu dapat ditangani dengan segera memandangk­an ka- jian rintis telah dilakukan di Melaka dan Kedah.

“KGBS menggesa isu pembantu guru ini dapat dilaksanak­an dengan segera kerana KGBS tidak berminat untuk melihat isu ini menjadi retorik dengan pelbagai kajian semata-mata tanpa tindakan yang jitu kerana warga guru mengharapk­an isu itu diselesaik­an segera.

“KGBS amat mengharapk­an agar KPM mendengar rintihan guru ini yang sekian lama dilaung-laungkan sebelum ini demi kebaikan semua pihak,” katanya sambil menambah, KGBS tetap menghargai usaha serta keprihatin­an KPM menangani isu itu dengan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia