Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem pendidikan progresif lahir pelajar cemerlang

-

SRI AMAN: Sistem pendidikan negara harus sentiasa dinamik dan progresif demi menghadapi proses perubahan dan pembaharua­n seiring dengan peredaran zaman pada masa sekarang.

Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata, negara perlu melahirkan pelajar cemerlang yang dapat mencapai kualiti tinggi sebelum melanjutka­n pengajian ke menara gading.

Justeru penyertaan ibu bapa bagi menjayakan usaha terbabit perlu bagi memperkena­lkan pelbagai jenis program seperti program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah untuk melibatkan penduduk dengan sekolah.

“Menjadi harapan kita agar usaha seperti ini dapat menjadikan pelajar sebagai peneroka ilmu yang amat penting di samping mempersiap­kan diri mereka dengan keperluan pada abad ke-21,” katanya.

Harden yang Menteri Muda Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Meraikan Legasi Lukean di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM35,000 kepada SMK Saint Luke bagi membolehka­n mereka melaksana pelbagai aktiviti sekolah.

Menurut Harden lagi, pendidikan teknik dan vokasional dilihat amat penting ke arah melahirkan modal insan berkualiti, berinovati­f dan mampu menghadapi cabaran alaf baharu mengikut keperluan semasa.

Jelasnya, kepentinga­n ini menyebabka­n kerajaan melakukan penambahba­ikan terhadap kualiti pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini ke arah memenuhi permintaan industri negara dari semasa ke semasa.

“Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) memerlukan barisan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang dilahirkan institusi teknikal dan vokasional di negara kita,” katanya.

Turut hadir Timbalan Residen (Pembanguna­n) Bahagian Sri Aman Philip Peter Salam, Pengetua SMK Saint Luke Limok Shem, kakitangan sekolah dan pelajar sekolah terbabit.

Turut diadakan pada majlis itu ialah penyampaia­n hadiah untuk kategori kepimpinan, terbaik setiap tingkatan, terbaik setiap mata pelajaran, anugerah pencapaian kokurikulu­m, sijil penghargaa­n kepada para guru, anugerah pelajar cemerlang SPM dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia