Utusan Borneo (Sarawak)

Belaga perlu jaringan komunikasi lebih baik

Untuk kemudahan penduduk ketika kecemasan, jaringan komunikasi di situ agak lemah

- Oleh Ambrose Rirang

BELAGA: Jaringan komunikasi cepat, lancar dan lebih baik amat diperlukan di daerah Belaga dan kawasan berdekatan bagi kemudahan penduduk ketika berlaku kecemasan.

Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang berkata buat masa sekarang rata- rata kawasan pedalaman negeri ini terutama Belaga mempunyai jaringan dan khidmat komunikasi agak lemah sehingga menyukarka­n penduduk.

“Saya berharap pihak berwajib mengambil langkah drastik mengatasi masalah kekurangan menara telekomuni­kasi ini bagi membolehka­n jaringan komunikasi dan perhubunga­n lebih baik pada masa depan,” katanya pada program ‘Connecting the Unconnecte­d’ di Uma Sambop, Sungai Semutut, Belaga semalam.

Sambil menyifatka­n Belaga sebagai kawasan terpenting di wilayah tengah negeri ini berikutan terletakny­a projek

Saya berharap pihak berwajib mengambil langkah drastik mengatasi masalah kekurangan menara telekomuni­kasi ini bagi membolehka­n jaringan komunikasi dan perhubunga­n

depan. ” lebih baik pada masa

mega Empangan Bakun dan Empangan Murum, komunikasi dan perhubunga­n harus berada pada tahap baik dan lancar.

“Saya percaya jaringan komunikasi baik secara tidak langsung membantu tahap keselamata­n khususnya di lokasi kedua-dua empangan terbabit memandangk­an ia berdekatan sempadan Malaysia dan Kalimantan, Indonesia,” jelasnya.

Beliau juga berharap kemudahan telekomuni­kasi di kawasan terbabit dapat diperbaiki dari semasa ke semasa kerana kos penyediaan masih rendah.

Liwan memberi jaminan isu itu terus diutarakan kepada Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia sehingga memberi pertimbang­an berhubung keperluan itu di Belaga.

Dalam perkembang­an berkaitan, Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Jamilah Shahid berkata program itu merupakan landasan terbaik merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dengan penduduk di kawasan pedalaman.

Jelasnya, program itu secara tidak langsung turut membantu meuar- uarkan berita terkini berkaitan polisi

Liwan Lagang Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan

serta rancangan kerajaan buat rakyat di kawasan Belaga.

“Kerajaan bersama agensi serta jabatan berkaitan sentiasa berusaha memberi perkhidmat­an terbaik khususnya jaringan komunikasi bagi memastikan masyarakat luar bandar mendapat maklumat,” katanya.

Liwan turut menyampaik­an bantuan kepada 10 penerima terpilih daripada keluarga kurang mampu yang disalurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

 ??  ?? BANTUAN: Liwan (empat kanan) dan Jamilah (tengah) bersama penerima bantuan Titik Sentuhan Jabatan Penerangan Malaysia di Belaga semalam.
BANTUAN: Liwan (empat kanan) dan Jamilah (tengah) bersama penerima bantuan Titik Sentuhan Jabatan Penerangan Malaysia di Belaga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia