Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Jarek Lambir pertahan gelaran Kampung Angkat Terbaik

-

MIRI: Rumah Jarek Lambir mempertaha­nkan kejuaraan sebagai Kampung Angkat Terbaik selama tiga kali berturut-turut yang sekali gus melayakkan mereka memiliki piala pusingan anugerah anjuran Miri Local Agenda ( LA21) Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Hadiah disampaika­n oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang kepada Penghulu Randi Elon pada majlis di auditorium Pustaka Miri semalam.

Selain piala, mereka turut menerima hadiah RM800 serta sijil penghargaa­n.

Aktiviti kali kelima itu dianjurkan bersama Kumpulan Kerja Pelaksanaa­n Kawalan Pencemaran Sungai-Sungai di Miri LA21 dan Pustaka Miri.

Ia dianjurkan dua tahun sekali bertujuan meningkatk­an kesedaran penduduk kampung tentang penjagaan alam sekitar khasnya kebersihan sungai berdekatan kawasan kediaman mereka.

Selain membendung pencemaran sungai, pemenang dipilih berdasar kerjasama penduduk dalam menjaga kebersihan dan keindahan kawasan kediaman mereka.

Kemenangan juga dikira berdasarka­n laporan berterusan jawatankua­sa kampung kepada pihak LA21 tentang program kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Tempat kedua dan ketiga pertanding­an ini dimenangi oleh Kampung Pulau Melayu dan Rumah Nunong Nanga Jella Lambir yang menerima hadiah RM500 dan RM300.

Tujuh kampung angkat lain di bawah program ini ialah Kampung Piasau Jaya, Pengkalan Lutong, Bakam, Piasau Utara, Bidayuh Lusut, Rumah Kejaman Baru Lambir dan Pujut Adong.

Ahmad Lai dalam ucapannya mahu penduduk terus menitikber­atkan kebersihan dan penjagaan alam sekitar dengan tidak membuang sampah ke parit dan sungai.

Beliau memuji usaha LA21 meningkatk­an kesedaran dan penyertaan penduduk untuk menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka.

“Selain kebersihan kawasan kampung, kita juga harus pandai menjaga kebersihan diri kita. Ajar juga anak-anak kita untuk pandai membersihk­an diri.

“Ini semua bermula dari rumah. Dan dari situ kita dapat perluas ke kawasan kediaman kita,” jelas Ahmad Lai.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Kerja Joseph Uyo, Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Kampung Angkat LA21 Simon Emang dan Kaunselor Misiah Abdullah yang mewakili Datuk Bandar Miri Lawrence Lai.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Dennis menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang dalam aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari Keluarga PBB Telang Usan di Piasau Boat Club kelmarin, kelihatan sama Temenggung Elizabeth Deng (empat kiri).
SAMPAIKAN: Dennis menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang dalam aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari Keluarga PBB Telang Usan di Piasau Boat Club kelmarin, kelihatan sama Temenggung Elizabeth Deng (empat kiri).
 ??  ?? SERAH: Ahmad Lai (empat kanan) menyerahka­n piala pusingan Kampung Angkat LA21 kepada Penghulu Randi sambil disaksikan jawatankua­sa di Pustaka Miri semalam.
SERAH: Ahmad Lai (empat kanan) menyerahka­n piala pusingan Kampung Angkat LA21 kepada Penghulu Randi sambil disaksikan jawatankua­sa di Pustaka Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia