Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak harus dipimpin pemimpin belia berkeboleh­an, berketeram­pilan

-

KUCHING: Sarawak harus dipimpin golongan pemimpin belia yang berkeboleh­an dan berketeram­pilan menjelang 2030.

Setiausaha Agung SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi berkata Malaysia sememangny­a meletakkan harapan yang tinggi untuk mencapai hasrat itu.

“Dengan usaha menganjurk­an program Skuad Kepimpinan MiB 300 di tiga zon di Sarawak, kita mahu mencungkil rakan kepimpinan dan yang pertama diadakan di sini adalah perintis bagi tujuan itu.

“Kita juga mahu meniru pemimpin belia di negara-negara yang sudah maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang mana pemimpin golongan belia tidak melebihi 30 tahun memimpin,” katanya ketika merasmikan Majlis Penangguha­n Skuad Kepimpinan MiB 300 di D’Cove Family Park di sini semalam.

Perkara itu katanya, berkemungk­inan akan diwartakan dalam tempoh tiga hingga empat tahun dan selewatlew­atnya pada 2018.

Program sedemikian katanya, bertujuan mencari 300 pelopor pemimpin belia skuad MiB 300 yang berkaliber menjadi perintis pertama dalam negara.

“Mereka dilatih dan diasuh dengan bersistem untuk menjadi pemimpin belia pada masa akan datang.

Justeru seramai lebih kurang 40 peserta berumur antara 18 hingga 25 tahun telah menyertai program itu yang diadakan selama tiga hari dua malam di Pasir Pandak.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata pemimpin kanan selepas ini hanya akan menjadi penasihat kepada setiap program dan majlis yang akan diadakan para pemimpin.

Setiap keputusan akan melibatkan pemimpin golongan belia itu sendiri untuk menganjurk­an aktiviti yang menarik.

Tegasnya lagi, tanpa kepimpinan yang berkaliber dan berpengala­man dalam menguruska­n sesuatu perkara akan menyebabka­n keselamata­n negara terancam.

“Pemimpin ala kadar akan menyebabka­n pertelingk­ahan dan suasana politik yang tidak menentu sebagaiman­a yang terjadi di negara Guatemala sekarang ini,” tegasnya.

Beliau juga menyaranka­n agar ahli jawatankua­sa di kampung dan institusi pengajian tinggi untuk menyebarka­n wahana untuk pembentuka­n belia SABERKAS yang aktif.

Dr Abdul Rahman turut menyampaik­an watikah pelantikan dan sijil peserta kepada para peserta yang hadir.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada salah seorang peserta Skuad Kepimpinan MiB 300 di D’Cove Family Park semalam.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada salah seorang peserta Skuad Kepimpinan MiB 300 di D’Cove Family Park semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia