Utusan Borneo (Sarawak)

KK Daro dijadi tapak gerai makanan

Cadangan bangun tapak bagi tempatkan berpuluh gerai tidak tersusun

- Oleh Florence Nervyn

DARO: Bekas tapak bangunan Klinik Kesihatan (KK) Daro yang musnah dalam kebakaran pada 7 Oktober lepas dicadang dibangun menjadi tapak untuk menempatka­n gerai makanan dan minuman yang berselerak di pekan itu.

Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dolah berkata, cadangan membangunk­an tapak itu bagi menempatka­n semula berpuluh gerai makanan dan minuman memandangk­an gerai penjaja sedia ada tidak tersusun.

“Disebabkan keadaan gerai terletak di belakang bangunan kedai, maka kami dapati suasana berniaga tidak begitu kondusif.

“Justeru kami cadangkan supaya mereka ditempatka­n semula ke satu kawasan lebih besar dan selesa,” jelasnya.

Wahab berkata demikian kepada pemberita kelmarin selepas bersama-sama lebih 300 orang bergotong-royong membersihk­an tapak bangunan Klinik Kesihatan Daro yang musnah dalam kebakaran.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Osman Rafaiee, Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Dr Juanda

Disebabkan keadaan gerai terletak di belakang bangunan kedai, maka kami dapati suasana berniaga

“tidak begitu kondusif. Datuk Abdul Wahab Dolah Ahli Parlimen Igan

Jaya dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Jemoreng Basmi Mat.

Wahab berkata, jika cadangan itu menjadi kenyataan, penjaja yang mengusahak­an gerai makanan dan minuman di sekitar pekan itu akan mendapat tempat selesa untuk berniaga dan orang ramai pula dapat menjamu selera dalam suasana santai.

Klinik Kesihatan Daro mu- snah dalam kejadian kebakaran pada 7 Oktober lepas.

Bangunan yang dibina daripada kayu itu telah memberi perkhidmat­an kesihatan selama lebih 39 tahun kepada penduduk setempat.

Program gotong-royong anjuran Jabatan Kesihatan Daro dengan kerjasama Parlimen Igan turut disertai Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kelab Bikers Sibu dan Daro, kakitangan Jabatan Kesihatan, ahli Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Daro, ahli pasar tani, Askar Wataniah, Bomba Sukarela, anggota polis, ahli KRT Kuala Matu Hilir dan ahli PBB Cawangan Daro.

Sebanyak lapan lori turut disediakan bagi mengangkut serpihan dan barangan terbakar untuk dibuang ke tempat lebih selamat.

 ??  ?? BERSIH TAPAK: Program gotong-royong membersihk­an tapak bangunan Klinik Kesihatan Daro yang musnah dalam kebakaran awal Oktober lepas.
BERSIH TAPAK: Program gotong-royong membersihk­an tapak bangunan Klinik Kesihatan Daro yang musnah dalam kebakaran awal Oktober lepas.
 ??  ?? BANTUAN: Wakil Persatuan Bola Sepak Krian, SDNU dan SIDS Saratok menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Nunong Menggeris.
BANTUAN: Wakil Persatuan Bola Sepak Krian, SDNU dan SIDS Saratok menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Nunong Menggeris.
 ??  ?? CABUTAN BERTUAH: Latifah (tengah) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
CABUTAN BERTUAH: Latifah (tengah) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia