Wahab menghargai gotong-royong bersih tapak KK Daro hangus
DARO: Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program gotongroyong membersih tapak kebakaran bangunan Klinik Kesihatan (KK) Daro di sini kelmarin.
Beliau berkata, kesudian kakitangan agensi kerajaan dan ahli- ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program gotong-royong itu mencerminkan suasana hidup harmoni dan kesediaan masyarakat di sini untuk bekerjasama menghadapi sebarang kemungkinan.
Ketika ditemui pemberita, Wahab berkata pada mulanya jawatankuasa pengelola men- jangka hanya sekitar 150 orang yang hadir tetapi semalam lebih 300 orang hadir untuk bersama-sama membersihkan tapak kebakaran itu.
“Kehadiran lebih 300 orang itu melambangkan semangat ikatan kerjasama dalam kalangan penduduk di sini masih kukuh dan saya berharap ikatan kerjasama erat itu akan berterusan untuk dicontohi generasi akan datang,” ujarnya.
Wahab juga berharap rakyat dapat menjadikan amalan gotong-royong itu sebagai tradisi untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan bersedia menghulurkan bantuan secara sukarela dalam apa juga keadaan sekalipun.
Turut hadir Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Osman Rafaiee, Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Dr Juanda Jaya dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Cawangan Jemoreng Basmi Mat.
Program gotong- royong anjuran Jabatan Kesiha- tan Daro dengan kerjasama Parlimen P.2017 Igan turut disertai Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Askar Wataniah.
Turut serta Kelab Bikers Sibu dan Daro, kakitangan Jabatan Kesihatan, ahli-ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Daro, ahli pasar tani, ahli KRT Kuala Matu Hilir dan ahli PBB Cawangan Daro.
Klinik Kesihatan Daro yang musnah dalam kebakaran awal Oktober lepas telah memberi perkhidmatan kesihatan selama lebih 39 tahun kepada penduduk setempat.