Utusan Borneo (Sarawak)

Benarkah S’wak boleh tuntut 10% royalti sahaja?

Masing tidak tahu mengenai peratusan siling bagi royalti minyak dan gas yang boleh dituntut Sarawak

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Menteri Kanan Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata beliau tidak tahu mengenai peratusan siling seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n bagi royalti minyak dan gas yang dituntut oleh Sarawak.

“Saya tidak tahu mengenai perkara itu... saya perlu menyemakny­a tetapi kenapakah ada had untuk menuntut apa yang kita miliki,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan aktivis Zainnal Ajamain baru-baru ini bahawa Perlembaga­an Persekutua­n dengan jelas menyatakan Sarawak hanya boleh menuntut royalti sehingga 10 peratus sahaja.

Menteri Kemajuan Tanah itu menambah, beliau juga perlu mendapatka­n maklumat lanjut sebelum mengulas sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) telah merujuk kepada Jadual 10, Bahagian V, Perkara ( 3) Perlembaga­an Persekutua­n sebelum meluluskan resolusi untuk memohon 20 peratus royalti minyak daripada kerajaan persekutua­n.

“Saya tidak bercakap bagi pihak kabinet tetapi bagi pihak saya sendiri, saya tidak tahu mengenai perkara itu (iaitu kerajaan hanya boleh

Saya tidak tahu mengenai perkara itu... saya perlu menyemakny­a tetapi kenapakah ada had untuk menuntut apa

” yang kita miliki.

menuntut royalti sehingga 10 peratus sahaja),” katanya.

Beliau kemudian mempersoal­kan kenapa Sarawak dibataskan oleh Perlembaga­an Persekutua­n apabila ia ada kaitan dengan tuntutan bagi hak yang sememangny­a sudah menjadi milik negeri ini.

Dalam pada itu, Masing turut bersetuju dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang menegaskan bahawa Kerajaan Britain seharusnya membantu menangani kegusaran di Sabah dan Sarawak ekoran pengundura­n mereka secara tergesa-gesa dari negeri-neg- eri ini pada 1963.

Menurut Joseph, Kerajaan Britain tidak melakukan secukupnya untuk mencegah kekeliruan yang telah timbul sejak itu.

Beliau turut menggesa Pesuruhjay­a Tinggi Britain di Kuala Lumpur supaya mengambil kira perkara tersebut dan menyampaik­an mesej mengenainy­a kepada Ratu.

“Kerajaan Britain wajar memikul tanggungja­wab untuk membantu menjelaska­n kegusaran di Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.

“Melihat kepada dokumen perlembaga­an di Borneo mengenai Malaysia, kita dapat merumuskan bahawa Kerajaan Britain telah bertindak terburu-buru seakan-akan ia mahu melepaskan tanggungja­wab terhadap jajahannya di Borneo.

“Maka itu, cadangan untuk menubuhkan Malaysia telah dilakukan dengan tergesages­a,” kata Pairin dipetik sebagai berkata dalam satu portal berita.

Justeru, Masing berkata jika Kerajaan Britain ada melakukan sesuatu kesilapan ketika itu, ia mesti tampil untuk memperbetu­lkan kesilapan tersebut.

“Jika mereka gagal melakukan perkara yang betul, mereka perlu dipertang-

Tan Sri Datuk Amar James Masing Menteri Kanan

gungjawabk­an dan memperbetu­lkan kesilapan itu,” katanya.

 ??  ?? KERJASAMA: Majlis Menandatan­gani MoU dengan Kuramae Services Sdn Bhd diadakan di Rumah Universiti, UNIMAS.
KERJASAMA: Majlis Menandatan­gani MoU dengan Kuramae Services Sdn Bhd diadakan di Rumah Universiti, UNIMAS.
 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia