Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK awasi harga barangan diwartakan sempena Deepavali

-

SIBU: Pegawai penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) mengawasi harga barangan diwartakan sempena Deevapali seperti perayaan lain.

Ketua KPDNKK Cawangan Sibu Kasim Mana berkata pemantauan ketat dilakukan untuk memastikan barangbara­ng tidak dijual melebihi harga diwartakan.

“Pada masa sama, ia juga bertujuan memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi untuk perayaan akan datang.

“Skim kawalan harga sempena Deepavali sama seperti perayaan lain dengan harga barangan yang ditetapkan,” katanya di sini kelmarin.

Katanya bagi memastikan keberkesan­an program ini pegawai penguat kuasa sering melakukan pemeriksaa­n harian di semua premis dan sektor perniagaan di sini.

Mengenai Skim Kawalan Harga Deevapali bermula 5 hingga 14 November ini, Kasim berkata skim selama 10 hari itu turut melibatkan di Mukah, Dalat, Kanowit, Selangau dan Sibu.

Pada masa kini, beliau meminta peniaga supaya bekerjasam­a dengan kementeria­n bagi memastikan kebaikan bersama.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungja­wab peniaga memastikan harga barang kawalan dijual dengan harga ditetapkan.

“Mereka perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi memudahkan pengguna membezakan harga barangan dalam kawalan di samping memastikan bekalan mencukupi.

“Peniaga dikehendak­i menggunaka­n berat dan skala diluluskan oleh pihak kami,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas diambil terhadap peniaga yang tidak mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 sepanjang tempoh penguatkua­saan.

“Mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara dua tahun atau kompaun sehingga RM25,000.

“Bagi kesalahan berikutnya didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara lima tahun atau kompaun sehingga RM25,000.

“Bagi syarikat, denda adalah RM100,000 tidak melebihi denda atau kompaun sehingga RM50,000,” jelasnya.

Sementara itu, harga runcit bagi 18 item untuk Sibu, Mukah, Dalat, Kanowit dan Selangau ialah ayam hidup (RM6.70/kg), ayam standard (lengkap dengan kepala, kaki, hati dan hempedal) pada RM8.50/kg, ayam super (tanpa kepala, kaki, hati dan hempedal) RM9.50/kg, yang diimport tulang masuk kambing (RM25/kg), yang diimport tulang masuk kambing kaki (RM40/kg), Gred A telur (RM0.37 setiap), Gred B telur (RM0.36 setiap satu), telur gred C (RM0.35 setiap satu), cili merah (RM15/kg), tomato ( RM7/ kg), kelapa parut ( RM5/ kg), bawang merah ( India) ( RM8/ kg), bawang yang diimport (RM4/ kg), ubi kentang import (China) (RM3/kg) dan masakan kacang merah (Australia) (RM4/kg).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia