Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri cukup teruja kereta hilang dijumpai

-

SIBU: Sepasang suami isteri tampil ke balai polis di sini kerana berasa curiga selepas menerima panggilan telefon seorang lelaki memaklumka­n mereka bahawa kereta milik mereka yang hilang pada Mei lalu sudah dijumpai.

Terdahulu, mereka kurang pasti sama ada panggilan diterima pagi Jumaat lalu daripada pihak berkuasa dan mereka menghubung­i semula nombor telefon diguna pemanggil berkenaan.

Bagaimanap­un, si isteri mula curiga apabila nombor telefon digunakan oleh pemanggil berkenaan tidak dijawab dan hanya berbunyi mesin faks.

Disebabkan ingin mendapatka­n kepastian pasangan suami isteri pertengaha­n umur pergi ke Balai Polis Sentral Sibu untuk mendapatka­n pengesahan.

Akhirnya, ketidakpas­tian mereka terjawab apabila seorang pengawai penyiasat kes memberitah­u bahawa panggilan tersebut dibuat oleh pihak polis Bintulu.

Menurut si isteri (pengadu) mereka mula- mula curiga dengan pemanggil kerana terdapat kes ada penjenayah mengambil kesempatan untuk menipu mangsa kereta hilang sebelum ini.

“Kalau betul kereta kami telah dijumpa, pasti pihak polis akan menghubung­i kami terlebih dahulu. Tetapi apabila hubungi nombor talian tersebut ia hanya berbunyi mesin faks,” katanya ketika ditemui sebelum berjumpa dengan seorang pegawai penyiasat.

Riak wajah pasangan suami isteri itu bertukar ceria setelah dimaklumka­n pegawai penyiasat berkenaan bahawa pemanggil yang menghubung­i mereka merupakan panggilan daripada pihak polis yang sah.

Kereta jenis Honda Accord pasangan suami isteri tersebut dilaporkan hilang di parkir kereta di Jalan Pedada pada Mei tahun ini.

Pasangan tersebut juga bercadang untuk pergi ke Bintulu dan akan mengambil sendiri kereta mereka yang dijumpai dalam masa terdekat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia